11/10/2012

Apa Amalan Makanan Ibnu Sina. Al-Khawarizmi Dan Ilmuwan Islam Yang Lain?



Formula pemakanan genius - genius Islam pada masa silam menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab - kitab tradisional dalam bahasa Arab dan tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Keris pasti kamu semua pernah terdengar kisah buku-buku dari arab yang dibakar selepas perang. Kini rahsia tersebut dapat dihuraikan.

Kajian Saintifik telah membuktikan kebenarannya terutama pada madu, susu dan telur. Di bawah adalah sebahagiannya yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan .

1. MADU

 


Al - Quran mengiktirafkannya sebagai " SYIFA " . Manisan madu yang digelar sebagai " RAJA UBAT " , dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit . Kenapa al - Quran kata begitu ? sebab madu ada pelbagai jenis vitamin , mineral , protein , antiseptik dan enzim yang dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan mental pembaca. 

Malah ada juga kalsium, fosforus, sulfur, zat besi, karbon, magnaseium, potassium (kalium ), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal - mental . Madu sangat berkesan untuk merawat penyakit - penyakit mental dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti membaca, berfikir, merancang dan bermesyuarat.

Rasulullah SAW bersabda : "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam .


Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat Bahaya !

2. KISMIS


Kismis ada zat besi yang sangat penting untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak . Kalau kurang oksigen jadilah pembaca mudah mengantuk , pelupa , lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir .


 

CARA MAKAN : 

  • Menghadap kiblat
  • Baca " Bismillah " dan selawat ke atas nabi 3 x
  • Baca doa penerang hati
  • Makan secara kemam seperti makan gula - gula . Tak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
  • Makan sebiji - sebiji sebanyak 21 biji setiap hari . 
3. SUSU SEGAR

 


Susu sangat berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Sebab susu ada 3 unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak pembaca. Susu ada 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin mineral dan air. Susu bukan hanya berkhasiat merawat kesihatan sacara umum, malah jadi penawar kelupaan yang berkesan.

Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa susu boleh menguatkan belakang , menambahi akal , memperbaiki penglihatan , dan menghindari penyakit lupa. Tapi baginda minum susu kambing. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah SUSU KAMBING, biri - biri dan susu lembu segar ! Pembaca boleh ker? Keris pun tak pernah minum susu kambing. Rugilah bagi orang yang tak suka minum susu nih .

CARA MINUM :

Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.


Baca " Bismillah " dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah saw



Maksudnya : "Ya Allah, berilah kebaikan pada kami dalam susu ini dan tambahkanlah (keberkatan) bagi kami daripadanya" ( Riwayat Abu Daud )

4. TELUR

 


Telur sebenarnya sangat bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Malah ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat, mengandungi mineral, protein, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif .

Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya seorang nabi a.s. mengadu kepada Allah ( kerana dia ) lemah badan . Maka Allah SWT memerintahkannya supaya memakan telur. "

Ada orang bila makan telur, buang kuningnya kerana beberapa sebab . Rugi tak makan kuning telur sebab ia berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus . Pembaca dinasihatkan makan telur ayam kampung sebab itu yang terbaik tak ada ubat suntik.
5. HALIA


 


Halia sangat mujarab untuk orang yang mudah lupa. Boleh makan mentah atau di buat halwa ( rebus dan campurkan dengan gula ) .

CARA MAKAN : Makan sedikit sahaja pada waktu pagi


6. LIMAU OREN


Oren berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran .

7. BUAH DELIMA




Sabda Rasulullah SAW : " Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya , sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari ."

8. DAGING BURUNG MERPATI

 


Rasanya ramai termasuk Keris juga tak sangka yang sebenarnya boleh menjadikan seseorang bijak pandai dan umat Islam dan melayu zaman dahulu suka makan daging burung merpati. Sebab dagingnya ada banyak khasiat seperti protein  lemak, kalsium, fosforus dan kalori . Ia sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan fikiran terutamanya pada kanak - kanak dan menjadi kaedah yang sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi makan telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

Jadi apakah kajian yang mengatakan burung merpati tidak boleh dimakan kerana mempunyai virus adalah satu mitos?

9. OTAK AYAM



Yang ini sangat pelik dan Keris tak rasa nak makan. (Keris adalah orang yang xmakan organ binatang termasuk peparu) . Pada sesiapa yang nak makan, otak ayam boleh di buat sup campur halia. Otak ayam segar pula boleh di buat penawar sementara bagi gigitan ular .

10. DAGING AYAM

 


Daging ayam dianggap mempunyai kadar zat pemakanan yang paling tingg . Daging ayam betina dara berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakan daging ayam betina.

11. DAGING BIRI - BIRI


Fungsi daging biri - biri adalah untuk menambah darah, untuk orang yang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan .

12. KEKACANG


Antara kekacang seperti pistachio, soya ,berangan, badam dan lainnya. Badam adalah yang paling baik dan sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak kerana ia mengandungi nilai protein yang tinggi. Amalan makan pistachhio telah diamalkan oleh seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka .

13. ZA'FARAN : KOMA KOMA


Sejenis bahan berambu merah . Kadangkala digunakan dalam memasak nasi bariani untuk memberikan warna merah pada nasi .


14. KOBIS BUNGA


Mengandungi sejenis asid amino untuk tenaga mental .

15. BUNGA CENGKIH


Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Tapi Keris teringat zaman kecik-kecik atuk-atuk hisap rokok pakai cengkih. Bagi sihat badan katanya.

16. LABU



Berfaedah menambah keupayaan fizikal dan akal .

Sabda Rasulullah SAW : " Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal . " Baginda juga pernah menyarankan , jika membuat sup ( atau kuah ), dianjurkan masukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal .


17. BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)


Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

18. MINYAK SAPI 

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil .

19. SAYUR -SAYURAN DAN BUAH - BUAHAN SEGAR 


Juga membantu menguatkan akal dan memori. Banyak khasiat makan sayur dan buah-buahan. Cuma Keris tengok ramai yang tidak ajar anak makan sayur walhal ia adalah makanan yang baik.

19. ZIKIR


Inilah rahsia terbesar mereka. Amalan zikir yang menjadi makanan kepada hati. 

K7L : Kaji semua yang disenaraikan Keris..betulkan jika Keris salah..Wallahualam..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk