10/10/2012

Surat Terbuka Dari Seorang Mualaf Buat @realDrMAZA Sebab Menfitnah Sesama Kaum?




SURAT TERBUKA UNTUK MANTAN MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam negara amat membimbangkan saya. Saya seorang India yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, saya menerima hidayah memeluk Islam ketika menuntut di universiti.

Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.

Setiap hari saya  mendalami ilmu agama Islam dan berusaha sedaya-upaya untuk mengamalkan semua ajaran Islam, di samping berusaha menyebarkan dakwah kepada rakan-rakan non-Muslim.

Pengaruh paling utama mempengaruhi saya memeluk Islam ialah buku-buku yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Deedat. Beliau memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang perbandingan agama, bahkan sering dijadikan rujukan utama seluruh dunia untuk mendakwahkan Islam kepada penganut agama Kristian.

Saya berasa amat bersyukur kepada Allah dan bertuah kerana berada di sebuah negara Islam Malaysia, dengan itu saya dapat beramal dengan ajaran Islam secara bebas. Sehingga kini saya masih lagi belajar mengenali al-Qur’an dan Sunnah melalui beberapa ilmuan seperti Ustaz Hussein Yee dan Ustaz Farid Ravi.

Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik pula merupakan inspirasi buat saya. Saya amat meminati dan mengagumi usaha mereka bedua mempromosikan Islam ke seluruh dunia. Justeru, apabila mendapat berita bahawa Dr Zakir Naik akan datang ke Malaysia, saya berasa amat teruja dan telah membawa seluruh ahli keluarga menghadiri syarahan beliau.

Namun apa yang mengelirukan saya ialah apabila seorang ilmuan yang juga bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis menulis dalam twitternya bahawa Ulama’ Muda dari sebuah parti politik mendakwa akidah Dr Zakir Naik sebagai sesat. Twitter beliau berbunyi,” Buruk sungguh bila ‘ulama’ muda’ parti politik mndakwa akidah Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat pun x betul”. 

 

Ketika itu saya berasa sangat marah. Mungkinkah seseorang yang menyerahkan seluruh hidup dan usahanya (tentunya dengan izin Allah), mengIslamkan beribu orang, kemudian dituduh dengan tuduhan sedemikan rupa? Sehinggakan sahabat saya Lim Jooi Soon menulis respon balas menyatakan rasa marah dan kecewa terhadap kenyataan Ulama’ Muda. Brother Firdaus Wong juga meluahkan kekecewaannya terhadap ustaz dari UMNO itu di dalam blognya. 

Namun selepas itu baharu saya perasan bahawa akhir-akhir ini bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis itu sering memberikan komen negatif terhadap Ulama’ Muda. Baik melalui blog, twitter mahupuan ruangan akhbar. Saya mula terfikir adakah ini merupakan konflik peribadi?

Al-Qur’an menjelaskan bahawa setiap berita yang diterima harus disemak dan disiasat, agar keadilan ditegakkan dan tiada pihak yang dizalimi. 

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujurat: 6)

Kemudian saya mengambil keputusan untuk mendapatkan kepastian. Saya menelefon ustaz muda UMNO yang dimaksudkan. Saya juga bersiap sedia untuk membidas beliau sekiranya beliau mengaku merendah-rendahkan Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Namuan yang mengejutkan saya ialah, beliau menafikan pernah meragui akidah kedua tokoh tersebut. Bahkan beliau memuji keduanya. Ustaz tersebut juga menceritakan bahawa beliau telah menjelaskan isu tersebut kepada Ustaz Hussein Yee. Akhirnya Ustaz Hussein Yee tahu bahawa isu ini hanyalah tuduhan tidak berasas (fitnah) yang dilemparkan oleh pihak yang tidak berpuas-hati. Perbualan saya dengan ustaz tersebut berakhir dengan beberapa nasihat berharga dari hadis Nabi SAW.
Oleh yang demikian itu saya menyeru sahabat-sahabat sekelian untuk berlaku adil  dalam menyampaikan berita dan komen. Serta menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum ia disebarkan.

Setiap klik di twitter, facebook dan blog akan dibaca dan dikongsi oleh jutaan pembaca. Jika disalahgunakan ia akan menyebabkan fitnah tersebar dan mengakibatkan perpecahan.

Adalah lebih baik ia digunakan untuk menyebarkan kebenaran ajaran Islam kepada non-Muslim di luar sana. Dunia Islam sudah punya banyak musuh yang selalu menebar fitnah dan kekeliruan terhadap ajaran Islam seperti filem keji “Innocence of Muslim.”

Tolong jangan bantu musuh Islam dengan menyebabkan lebih banyak perpecahan dalaman sesame kita kerana natijahnya amat merugikan kita. 

Seperti kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Saya bukanlah sesiapa, Sekadar mualaf berbanding dengan orang ternama seperti bekas mufti. Namun ini sekadar nasihat dari serorang hamba Allah yang rendah hati buat diri saya sendiri dan kaum Muslimin.

Mohd Hisyam Shymalan Abdullah

Ini menjadi bukti siapa sebenarnya Mohd Asri Zainal Abidin. Itu yang Keris mampu tulis. Terkejut kerana seorang mualaf yang menegur seorang bekas Mufti tentang kesilapannya. Persoalannya, mahu atau tidak Asri membalasnya?

Berikut adalah surat sebenar sebelum diterjemah menjadi artikel seperti di atas. 


AN OPEN LETTER TO MY FELLOW MUSLIMS AND THE EX-MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

The recent event that’s been happening in my country really worries me.
I am a Muslim convert/revert of Indian origin. Alhamdulillah, I embraced Islam when I was a student in varsity. I was born a Catholic Christian and my parents are still Christians.  It has been 15 years since I embraced Islam and what a beautiful journey it has been.  Every day I learn more of my ad-deen and I endeavour to the best of my ability to practice all the Islamic qualities in my life and to spread the dakwah to the many non-Muslim friends out there. 

One of the reasons that I converted/reverted is by reading the books written by Syeikh Ahmad Deedat. His in-depth knowledge on comparative religion really baffles me and it has since been a major reference for scholars around the globe in propagating Islam to our Christian brethrens. 

I consider myself lucky in the sense that I live in Malaysia an Islamic country where I can practice my religion freely and openly. I am still a student of Islam and I learn most on Quran and sunnah from scholars like Ustaz Hussein Yee and Ustaz  Farid Ravi.

Syeikh Ahmad Deedat and Dr Zakir Naik are both my inspiration and I love them for the works that they have done in propagating Islam to the entire world. Therefore, when I heard the news that Dr Zakir Naik is coming to Malaysia, I was overjoyed and brought my entire family to see him giving his talk in Johor Baru. 

What disturbs me is the fact that a well known ulamak who was a former Mufti of Perlis twitted that some Ulamak Muda from certain political parties (a clear reference to the Ulamak UMNO) condemned the aqidah of Dr Zakir Naik and considered him a ‘heretic’. He twitted as follows,” Buruk sungguh bila ‘ulama’ muda’ parti politik mndakwa akidah Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat pun x betul”.  

This extremely angers me. How could a person who have been devoting his life and effort (and with the will of Allah), thousands have converted to Islam be alleged with such a blusterous accusation. My fellow brothers like Lim Jooi Soon even wrote a facebook status expressing his anger and frustration against these ulamak muda. An article written by Brother Firdaus Wong appeared in his blog expressing his disappointment against the young ustaz from UMNO. I was carried away with my fellow brother’s emotion and sentiment as Dr Zakir Naik is revered by us all. 

But then I realized that the ex- Mufti Perlis has recently been passing out harsh and negative comments against the Ulamak Muda fellows via his blog, newspapers and twitters. Could this be a personal vendetta? 

The Quran clearly said that if we hear news from anyone, we should investigate so as to be fair and not wrongly judge and victimize the innocent. 

“O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly and afterwards become full of repentance for what ye have done.”
 –Al Quran Surah Al Hujurat: 6

So, I set forth investigating. I called the young UMNO ustaz myself for clarification. I was also ready to give him a piece of my mind should he confess belittling Syeikh Ahmad Deedat and Dr Zakir Naik. To my utter shock, he denies totally that he had in the past or present doubted the aqidah of both the great scholars and spoke greatly of them both. He even said that he had explained himself to Ustaz Hussein Yee and that Ustaz Hussein understands that all this is just fitnah against the Ulamak Muda by some unsatisfied parties. The conversation ended with him giving me valuable advices and words of wisdom of Prophet Muhammad SAW.

Dear brothers and sisters, I implore all of us to be fair in passing out comments and to investigate before spreading any news from anybody. Our single click in twitter, facebook and blogs will be shared my millions and only aids in disseminating fitnah and dividing us. Instead we should not waste time but to spread the truth of Islam to the many non-Muslims out here.  It is more than enough for us to have the enemies of Islam slandering against us like the production of the heinous film “Innocence of a Muslim”. Please do not aid in creating more internal division among us as the result will be deleterious. As the saying goes, united we stand, divided we fall. I am nobody in the Muslim community, just a mualaf as compared to an ex-mufti.  But this is my humble advice. 

Mohd Hisyam Shymalan Abdullah



K7L : Bayangkan bekas mufti menfitnah..Subhanallah..

6 ulasan:

  1. Apa nak buat bila agama dijadikan tempat carimakan,dan fatwaikut selera sendiri.Kekadang ada orang terasa yang dirinya terlebeh cerdek dari orang lain,lebeh ilmu dariorang lain

    ReplyDelete
  2. I like what Mohamad Hisham wrote! But what about_U! The purpose is to condemn Dr Asri or asking him to b careful over what he wrote for the sake of Islam?

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan saudara anonymous. Again and again teguran diberi secara public sedangkan mereka juga yang mewarwarkan kaedah betul menegur pemimpin. Menurut saya, Dr. Asri boleh dikategorikan sebagai pemimpin kerana pernah menjadi Mufti. Jadi agak meragukan bila kaedah betul tidak diguna, seolah macam batu api pula. Dulu selalu terjadi perdebatan politik, kini Ustaz pun dah sama hebat, Astaghfirullahalazim...Apa la nak jadi..

    Dan apa bukti surat ini benar2 diberikan pada Dr. Asri? Dengan senario perdebatan Ustaz masa kini, masing2 mengata kepada yang lain, sukar nak nilai mana fakta & mana auta...Wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. Ustaz2 di negara ini patut berhenti berpolitik dan halakan perjuangan ke peringkat internasional spt Ahmad Deedat dan Dr. Zakir.

    ReplyDelete
  5. Jawaban saya Yesus memang disalibkan dan mati dikayu salib, tapi ingat mati artinya tubuhnya yang mati, tapi rohnya hidup. Tuhan Yesus juga mau sampaikan kepada umatNya bahwa Akulah Tuhanmu yang rela menebus dosa manusia, disalibkan untukmu orang berdosa. Sama seperti ketika umat israel dilepaskan dari mesir, Tuhan membelah laut untuk menyelamatkan bangsa Israel, tujuannya hanya satu agar bangsa Israel sadar dari penyembahan berhala, lalu melihat dengan kepala mata sendiri Akulah Tuhanmu, Sembahlah Aku. Dasar israel bebal hanya 5 % pengikut Kristen di Israel sekarang, 35 % Muslim, 50 % agama Yahudi. Ternyata banyak juga Yahudi muslim 35 % di Israel sekarang. Jangan-jangan iron dome yang buat siapa. Kembali ke topik. Jujur saya saya sudah menulis 4 halaman penuh, itu masih sedikit yang saya jawab, begini saja. Syaikh Ahmad Deedat tunjukkan dirimu, kalau kamu sudah mati maka bangkitlah dari kuburanmu kita debat atur saja dimana & kapan. Saya sarankan kalau debat itu sama Ahli Kitab, kebanyakan dari keturunan 12 suku Israel. Saya berharap sebelum anda mati Syaikh Ahmad Deedat anda sudah belajar mengasihi orang-orang yang di Afrika Selatan yang telah menyakiti anda itu. Lupakanlah dendam & kebencian anda dengan Nasrani & Kristen. Saya minta maaf jika bisa mewakili orang-orang yang menghujat anda ketika anda kecil di Afrika Selatan. Lupakanlah dendam & kebencian itu, janganlah anda membaca Alkitab atau Bibel dengan mata merah & kemarahan ingin membalas dendam masa kecil. Sayangnya saya masih disini mengerjakan Tugas yang begitu banyak, kalau tidak saya ingin bertemu dengan anda Syaikh Ahmad Deedat, Ajaran kristen, adalah ajaran Kasih. Kami diajarkan untuk mengampuni musuh kami. Kami juga diajarkan untuk memberi makan & minum musuh kami, ketika musuh kami butuh tempat tinggal maka kami wajib memberi tempat tinggal, ketika musuh kami kelaparan kami wajib berikan makan & minum, itulah ajaran Kristen. Sehingga musuh kami seperti mendapatkan bara api diatas kepalanya & sadar telah memusuhi kebenaran. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Syalom Damai Sejahtera bagi kita semua by : Dan

    ReplyDelete
  6. Semua ajaran mengajarkan yang baik-baik. Cuman yang membedakan itu cuman "pengen ikut" atau "gak ikut". Kalau Harus dikasi makan minum sama musuh, kenapa aja hari ini banyak kristen yg musuh sama Islam? Baca setiap helaian al Quran supaya kamu tahu siapa penutup segala nabi selepas Yesus. Aku juga dulu Kristen, dan karna itu aku tahu, alkitab datang, al Quran melengkapkan

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk