02/10/2012

Bukti Kejahatan WUFI! Rektor & Timbalan Rektor UIAM Kena Kacau?


Gila! Apa nak jadi dengan budak-budak WUFI nih? Walaupun masih lagi dalam status seorang insan yang menimba ilmu, mereka dah tunjuk sikap-sikap yang negatif dan kebencian. Sehinggakan berani mereka buat page menentang Timbalan Rektor UIAM.


Bermula dengan surat lantikan palsu yang melibatkan Perdana Menteri dan Timbalan Rektor [Klik Sini], kemudiannya kebiadapan golongan WUFI semasa pengumuman Re-Election [Klik Sini], dan kini mereka telah membuat perkara terkutuk yang menganggu kehidupan Rektor UIAM dan Timbalan Rektor UIAM. 


Bukan itu sahaja, mereka berani dan sanggup bermain dengan no telefon milik Rektor UIAM serta Timbalan Rektor UIAM. Keris memetik maklumat daripada blog MediaSiberUIAM 

Pihak MediaSiberUIAM menerima satu kejutan apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan di Page Fb 'Pilihanraya Kampus Nasional 2012/2013 [Official]'. Selepas pengumuman keputusan pengundian semula bagi SRC Election, Datuk Dr Mizan Hitam terus menerus dikecam. 

Sehinggakan ada pihak bukan sahaja mewujudkan page '15,000 IIUM Students Want Dr Mizan Hitam Resign From IIUM', malahan wujudnya bunting/banner yang dibuat supaya beliau terus diganggu.Bukan sahaja Datuk Dr Mizan, Rektor IIUM juga dipalitkan sama.

Berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh beliau :




Pada Jumaat 28 September 2012 lebih kurang jam 1830hrs saya Datuk Dr. Mizan bin Hitam telah dimaklumkan oleh seorang pemanggil lelaki ingin membuat tempahan untuk membeli burger. Saya amat terkejut dengan panggilan tersebut, semasa berada di rumah alamat seperti di atas dan pemanggil tersebut memberi tahu dia membuat tempahan ini kerana ada risalah berkenaan penjualan burger dan di dalam risalah tersebut menggunakan nombor telefon bimbit menggunakan nombor handphone saya 019-******* dan Prof. Dato" Sri Zaleha binti Kamaruddin- rektor 019-******* untuk tempahan burger bakar daripada saya. Saya bertanya kepada pemanggil tersebut dari manakah beliau memperolehi nombor telefon saya. Pemanggil tersebut memberitahu dia seorang pelajar UIAM yang berasal dari Singapura. Beliau juga telah memberitahu nombor telefon saya diperolehi dari risalah yang temui di Perkarangan Masjid UIAM. 

Pada 29 September 2012 lebih kurang jam 1000 saya telah dimaklumkan sekali lagi oleh orang awam iaitu seorang perempuan melayu yang tidak dikenali ingin menempah daging korban. Kemudian saya bertanya kepada pemanggil tersebut dari mana dia memperolehi nombor telefon bimbit saya dan memberitahu bahawa dia telah terbaca "banner" yang dipasang di kawasan Masjid Salehuddin Al Ayubbi Taman Melati untuk tempahan daging kurban yang menggunakan nombor telefon....Baca selanjutnya di [SINI]



Gila betul diorang! Apakah mereka tidak sedar jika perkara-perkara sebegini berlaku ianya akan mencalarkan imej Islam di UIAM? Apakah mereka tidak terfikir kesan mereka berbuat begini akan membuatkan sijil mereka akan diragui kredibiliti dan integriti graduan UIAM? Apakah mereka tidak merasakan tindakan mereka ini boleh mengubah persepsi masyarakat kepada pembelajaran Islam yang diterapkan UIAM?

Kalau mereka tidak mahu fikir, mahasiswa UIAM yang lain harus fikir. Ini sahaja yang mampu Keris nasihatkan kepada para mahasiswa. Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara.

Entah kenapa Keris juga sudah mula merasakan nama UIAM yang membawa nama Islam seakan tidak kena dengan pelajar WUFI. We Unite For Islam tampak retorik. Pernah Keris tulis pasal WUFI ini yang sebenarnya membawa aspirasi pembangkang [SINI]. Dan jangan lupa WUFI merupakan Pro-M di UIAM.

K7L : Kesian pelajar UIAM yang lain..terkesan dengan sikap dan perangai #ProMenipu WUFI...

1 ulasan:

  1. artikel awk ni punya bukti yg kukuh tak sume tu kerja wufi? kalau ye..sy nk percaya ni tu sume kerja wufi..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk