18/03/2013

Ulangtahun Penipuan Mazlan Pasal Penjualan Sawit #Felda Ke Israel



Tidak akan rakyat Malaysia lupa akan penipuan yang telah dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yag suatu ketika dahulunya bertarikh 18 November 2012 kononnya menunaikan janjinya untuk mendedahkan bukti penjualan kelapa sawit oleh Felda kepada syarikat yang dimiliki oleh negara haram Israel ketika negara itu sedang membunuh umat Islam Palestin di Gaza.

Yang buatkan Keris ketawa adalah taktik yang digunapakai oleh Mazlan sama modul dengan CheguBard. Diajar oleh orang yang sama kot untuk menipu rakyat. Konon siap tunjuk dokumen berbentuk invois setahun yang lalu.

Masa bila dia dedahkan dokumen berupa invois jualan palsu itu? Seingat Keris semua drama ini dilakukan semasa dia dibenarkan berucap di Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik. Penuh penipuan der!

Siap ajak orang PAS ramai-ramai nak serah memorandum ke pejabat Felda. Sudahlah para peneroka Felda dihasut untuk meninggalkan Felda, dihasut juga orang-orang PAS ketika itu. Pelik sungguh mamat ni.

Tapi pihak Felda berada di pihak yang benar. Kini Mazlan sedang dihantui rasa ketakutan apabila tembelangnya telah pecah.



Pada 7 Januari 2013, dia telah disaman dimana pihak Felda diwakili oleh peguam mereka, Wan Azmir Wan Majid diatas dakwaan yang mengeluarkan saman terhadap kenyataan Felda menjual minyak kepada Israel.

Selain Mazlan Si Penipu dan Mustafa, Felda selaku pihak plaintif turut menamakan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; Pengarang Harakah, Taufek Yahya; penulis artikel, Mohd. Arif Atan; pencetak akhbar tersebut, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd.; dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Dalam writ saman itu, plaintif menyatakan tindakan tersebut difailkan ekoran daripada ucapan Mazlan yang disiarkan dalam laman sosial Facebook bertajuk, Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel. Suara Keadilan pun kena rasanya.

Teruk betul puak jumud mereka ini. Sudahlah yang bercakap tu penipu besar, ditambah pula dengan artikel akhbar yang bagai menjadi lidah fitnah rasmi kepada puak mereka. Dari atas sampai bawah menipu je kerjanya.

Fitnah terhadap Felda kononnya telah menjual minyak sawit mentah dalam kuantiti yang besar kepada syarikat Bunge Agribusiness Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang kononnya milik Israel yang berpengkalan di Singapura adalah palsu belaka.

Tetapi pada dasarnya ini merupakan satu cara mereka mahu memburukkan nama Felda yang telah menembusi pasaran dunia. Kalau dah ada sifat dengki dan tak mahu lihat para peneroka senang, memang apa sahaja cara pun mereka akan lakukan.

K7L : Kalau dah busuk hati tu..busuk jugak..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk