Haaaaa! Selama ini kita asyik dengar hasutan dan fitnah yag dihambur daripada mulut si Mazlan. Kali ini Keris kongsikan luahan anak Felda terhadap FGVH melalui blog Saya Budak Felda :
Ini adalah cerita pasal tanah peneroka tidak akan tergadai. Bukan pasal rugi untung saham, bukan pasal politik. In fact bukan pasal FGVH pun, ini pasal TANAH PENEROKA. Sekian terima kasih.
Mintak maaf sebab cerita pasal benda ini lagi. Aku anak FELDA dan aku rasa aku bertanggungjawab jugak cari informasi yang tepat dan sebarkan. Sebabnya? Sebab orang yang bukan peneroka lagi banyak cakap dan risaukan peneroka dan termasuklah takut satu hari tanah tergadai bila FGVH masuk bursa.
Selain orang di forum berbincang dan ramai jugak penyebar fitnah dan ramai jugak yang risaukan duit kerajaan habis ada lagi orang yang risau iaitu anak peneroka-peneroka sendiri (as iflah dioarang ni nak mengerjakan tanah 10 ekar tu.)
Aku nak bagitau satu benda, tanah peneroka dan tanah FELDA adalah lain. Aku rasa orang ramai risau pasal tanah peneroka. Tanah peneroka dah ada hak milik peneroka yang takde kait mengait pun dengan FELDA kecuali 1) hasil dijual kepada FELDA. 2)atau suruh FELDA uruskan ladang dan hujung bulan ambik duit (fixed dan peneroka duduk rumah goyang kaki).
Minggu lepas bank-bank di suruh pergi ke semua FELDA untuk tolong peneroka bukak akaun beli saham. Ye ada charges yang agak tinggi perlu dibayar dan bank memang buat untung dalam hal ini. Not to mention benda ini dibuat dengan tergesa-gesa sampai ada orang tak sign. Was-was. Abaikan sekejap walaupun kesian dengan peneroka. Minggu ini pulak keluar dekat Facebook yang ada penganalisa ekonomi dan macam-macam orang lain yang buat kesimpulan tanah peneroka akan tergadai kalau tak mampu bayar loan beli saham itu tadi. Macamlah orang FELDA ni miskin sangat.
Antara form yang kena sign. Berapa unit saham tu tak taulah lagi tapi aku gerenti tak lebih seribu. Katakan satu unit 5 ringgit. Katakan 1000 unit (10 lot), baru RM5000. Tapi cakap berlapik jugak aku ni. Kalaulah jumlah loan lebih dari 10K aku takkan bagi ayah aku sign. Baiklah dia tolak sahaja saham tu. Dia dah tua dah pun, 10K tu banyak.
Ada penganalisa ekonomi pandai cakap kalau hutang melebihi RM30000 tak boleh bayar nanti istihar bankrap. Akibatnya tanah peneroka boleh dirampas. Dan benda inilah yang disebarkan ke seluruh dunia. Bagi semua orang takut. Dia cakap kalau bankrap, yang macam mustahilla pada aku dengan tahap ekonomi peneroka sekarang. BUKANNYA SIGN SURAT tanah boleh tergadai. Pahe dok? Kome faham tak??
K7L : Haaa.. dah faham?
0 ulasan:
Post a Comment