06/03/2013

Mazlan Sakit Hati Bila Anak Peneroka Felda Ke Jerman?



Berkat dari usaha yang gigih oleh seorang anak peneroka Felda Pengeli Timur dari Kulaijaya, beliau kemudiannya menuai kejayaan besar apabila berjaya mengetepikan lebih 1,000 pencabar lalu menduduki ‘kabinet’ Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC).

Keris juga berasa bangga apabila terbaca tentang Zolfazren Zolsani,16, yang telah diberi peluang untuk diterbangkan ke Neuberg, Jerman bagi menghadiri kem selama dua minggu di sana. Dia pergi sebab dapat menyertai JSLC.

“Saya rasa sangat teruja dengan kursus yang diadakan kerana dapat belajar etika hubungan antarabangsa dan diplomasi, dan saya berjanji akan berkongsi ilmu yang saya dapat,” katanya.

Zolfazren merupakan pelajar tunggal dari Felda, yang berjaya dalam JSLC yang nak setiap peserta menyampaikan perbahasan masing-masing dengan berbekalkan potensi kepimpinan, keperibadian, komunikasi, sahsiah dan jati diri.

“Pada mulanya saya terasa rendah diri disebabkan latar belakang ketua keluarga yang hanyalah bekerja tukang besi, namun semangat kepimpinan yang terdapat pada diri saya membuatkan saya tidak malu untuk bergaul,” katanya.


Tengok! Biarpun dia anak Felda, dia tetap buktikan dia boleh pergi ke Jerman dan timba pengalaman. Bukan join himpunan ANAK yang tak ada faedah langsung kepada diri sendiri melainkan menjadi boneka PAS.

Dekat sana dia dapat menjalani latihan melalui program latihan dan pembangunan modal insan untuk melengkapkan dirinya ilmu kepimpinan dan diplomasi, protokol dan etika, pembentangan dan perundingan, perhubungan antarabangsa, komunikasi diplomatik serta pengurusan program dalam minggu pertama ini.


Semua ini merupakan kisah anak peneroka pada tahun 2010 yang lalu. Sengaja Keris ceritakan semula untuk memberitahu kepada pebaca bahawa cerita-cerita positif begini tidak akan keluar daripada mulut Mazlan Aliman.

Dia terkenal sebagai pakar pembohong untuk memperdaya para peneroka Felda sehinggakan apa jua cerita termasuk yang direka-reka akan dihamburkan dalam ceramah yang dia hadir.

Kebanyakannya di Felda sampaikan beberapa siri kena halau oleh penduduk terhadap mamat PAS sengal ni. Ingat dia boleh tipu para peneroka agaknya. Kau ingat mereka tak cerdik macam kau ke Mazlan oi?

Keris cabar Mazlan untuk cerita pasal kisah anak peneroka yang diterbangkan ke Jerman ini!

K7L : Haram dia nak cerita...dia tak buat tak apa..kita buat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk