13/03/2013

Laporan Terkini 13 Mac 2013 - #OpsDaulat #LahadDatu


Ops Daulat pada Rabu 13.3.2013 sudahpun memasuki hari kesembilan,semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala dua pengganas mati ditembak dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu,Lahad Datu

Jumlah anggota keselamatan yang terkorban setakat ini mencecah 10 orang,iaitu 9 orang dalam pertempuran manakala seorang lagi terlibat dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih

Mengenai warga emas berusia 74 tahun pemimpin puak pengganas Sulu,Jamalul Kiram III,Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina telah menarik balik sepina berhubung siasatan konspirasi pencerobohan di Sabah yang dikeluarkan kepada dia dan keluarganya


Akhbar dalam talian negara itu,Inquirer.net melaporkan, penasihat Jamalul Kiram, Pastor ‘Boy’ Saycon memberitahu para wartawan, sepina tersebut ditarik balik selepas berlaku kesilapan komunikasi berhubung sepina itu semasa ia dikeluarkan

Masih mengekalkan pendirian sebelum ini,Fatima Cecilia berkata, dia dan suaminya tidak melanggar undang-undang apabila mengarahkan para pengikut ke Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 9 Februari lalu

Sepina adalah mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman


Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Ahmad Farhan Roslan selamat tiba

Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang hari ini

Ahmad Hurairah 24, terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu

Manakala Ahmad Farhan 21,terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu
Laporan OPS DAULAT hari ke – 9 : Sidang media jam 10:50 pagi


K7L : Inilah barisan kita.. Al fatihah buat pejuang negara yang gugur..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk