Pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu, FELDA Sahabat 22 dekat sini, kelmarin menyebabkan seorang lagi pengganas Sulu terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.
Lihat sendiri usaha anggota keselamatan yang benar-benar berjihad demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Penduduk Felda Sahabat kini tidak lagi dibelenggu ketakutan diceroboh setelah pihak keselamatan telah berkawal dan menjalankan tugas dengan baik.
Persoalannya, kemana perginya 'hero anak Felda' buatan PAS yang tidak sedar diri tu? Setiap kali ceramah Keris dengar dia kata dia akan pertahankan anak-anak Felda dalam apa jua aspek.
Bila ada kaitan dengan pencerobohan terus senyap takde khabar berita? Inilah dia manusia yang konon berdendang mahu pertahankan anak-anak Felda dari sebarang ancaman. Bila kena dengan penceroboh terus jadi tikus.
Selama ini pun kalau kita pergi ke ceramah Mazlan Aliman, bukan main ramai lagi Unit Amal PAS. Yang seringkali berkasar dengan wartawan dan selalu fikir mereka kuat. Hari ini, mengapa tidak mereka berdiri menjadi dinding manusia untuk bertahan daripada peluru-peluru penceroboh?
Jadi jangan lagi percaya dengan semangat jihad Unit Amal PAS dan tidak lagi boleh dipercayai Mazlan Aliman dalam setiap kata-kata yang terucap daripada mulutnya. Jika tidak, lebih ramai lagi yang akan tertipu dan menyesal kemudian harinya.
K7L : mana hero?..
0 ulasan:
Post a Comment