14/03/2013

Kronologi 6 Pejuang Negara Syahid - Taktik Kotor Penceroboh #LahadDatu



SEMPORNA - Pasukan keselamatan yang menjalankan operasi di Kampung Sinunul di sini, pada petang 2 Mac lalu, dilapor sudah meninggalkan kampung itu apabila cuaca gelap dan tidak menemui individu mencurigakan.

Bagaimanapun, ketika lebih 20 pegawai dan anggota diketuai Superintendan Ibrahim Lebar berkumpul di gelanggang bola keranjang tidak jauh dari lokasi terbabit, mereka menerima panggilan daripada pemberi maklumat jam 7.30 malam sebelum kembali ke kampung berkenaan.

Sumber pasukan keselamatan memberitahu BH, pasukan berkenaan kembali semula menggunakan laluan di rumah atas air Kampung Simunul dan Sri Jaya selepas dimaklumkan pengganas bersembunyi di beberapa rumah dekat jambatan menghubungkan kedua-dua kampung.

Tembakan curi

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sebaik memasuki Lorong 5, kira-kira 200 meter dari darat, beberapa tembakan curi dilepaskan dari pelbagai arah hingga kedudukan musuh sukar dikesan, terutama dalam keadaan gelap.

“Pada masa sama beberapa pegawai dan anggota polis termasuk enam yang terkorban terkena tembakan, namun sukar disahkan sama ada mereka sudah meninggal dunia atau sebaliknya pada masa itu.

Meniarap atas jambatan

“Semua anggota polis terselamat serta-merta meniarap atas jambatan bagi mengelak terkena tembakan bertubi-tubi musuh selain berusaha menyelamatkan rakan yang tercedera dengan menarik mereka ke rumah berhampiran.

“Malah, ada anggota sempat menembak beberapa pengganas meskipun keadaan gelap,” katanya di sini.

Sumber itu berkata, pada jam 9.10 malam iaitu setengah jam selepas serangan berkenaan, lebih 10 anggota disahkan terperangkap dalam tiga rumah manakala enam lagi termasuk Allahyarham Ibrahim, dipercayai terkorban.

“Operasi yang dijalankan keesokan hari (3 Mac) berjaya membawa keluar anggota polis yang cedera dan terperangkap, namun paling menyedihkan enam pegawai dan anggota polis ditemui terbunuh dalam keadaan menyayat hati selepas diseksa musuh,” katanya.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman, 56, berkata pengganas berpeluang menembak mati polis kita kerana ada antara mereka penduduk yang menetap lama di sini tanpa pengetahuan penduduk lain selain mendapat bantuan ‘orang dalam’ ketika menyerang hendap polis,” katanya.


K7L : Alfatihah buat mereka yang terkorban..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk