Pertama sekali Keris nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke 206. Sejak kebelakangan ini pihak Polis yang bertindak sebagai penjaga keselamatan rakyat telah dihina dan dicaci.
Malahan ada yang berkata kematian para pejuang ini ketika di Lahad Datu sebagai satu sandiwara. Mereka seringkali digelar sebagai anjing dan pelbagai lagi hinaan. Namun begitu mereka masih terus menjalankan amanah yang ditugaskan kepada mereka.
Sambutan Hari Polis kali ini lain dari yang lain kerana ada anugerah Posthumous akan diberikan kepada balu-balu pahlawan yang gugur semasa Ops Daulat. Satu penghargaan dalam mengenang jasa mereka yang terkorban dalam mempertahankan negara daripada serangan pengganas.
Kini di Sabah telah ditubuhkan ESSCOM (The Eastern Sabah Community Command). Apa itu ESSCOM?
Segala perincian mengenai ESSCOM akan diperbutirkan pada sidang media kelak oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Keris mendoakan dengan wujudnya ESSCOM ini, keselamatan di Sabah lebih terjamin dan tiada lagi pencerobohan berlaku.
Ini memberi bukti bahawa Kerajaan Malaysia begitu serius dalam menangani polemik yang sedang bergelut di Sabah.
K7L : Tahniah Polis! Tahniah Kerajaan Malaysia!
Klik Untuk Besarkan Imej

0 ulasan:
Post a Comment