19/03/2013

#Felda Cermin Kejayaan Anak Peneroka!





Sebagai mana bapa, ibu, pak cik dan mak cik mereka mengusahakan tanah yang diteroka lebih 50 tahun lalu, maka generasi kedua dan ketiga Felda membesar dan melihat bagaimana skim tanah rancangan itu membangun seiring dengan kemajuan negara. 

Daripada hanya hutan belantara dan bukit-bukau di kawasan penempatan tanah rancangan Lurah Bilut, Pahang kini banyak kawasan lain dibuka hingga menjadi kawasan pembangunan yang menjadi idaman ramai orang. Orang Melayu yang mahu berjaya dengan berusaha sendiri daripada seluruh negara dikumpulkan untuk menjalani satu cara penghidupan yang bersistem dan menjadikan mereka masyarakat Felda yang berjiwa maju. 

Penubuhan Felda lebih 50 tahun lalu memang tepat pada masanya memandangkan negara berada di ambang kemerdekaan. Rakyat yang merdeka dijanjikan kebebasan dan kemakmuran. Satu tindakan yang bijak daripada kerajaan ketika itu yang dipimpi oleh Bapa kepada Perdana Menteri sekarang.

Sebelum merdeka, pembukaan tanah secara besar-besaran dipelopori ladang swasta yang kebanyakannya dimiliki warga asing atau syarikat dari England. Syarikat asing itu pula menguasai 70 peratus ladang berkenaan, diikuti 23 peratus milik peniaga Cina seperti Lee Rubber Estare Ltd dan tujuh peratus milik usahawan India. 

Kini Felda adalah pemilik dan pengurus estet terbesar dunia dengan tanah seluas 880,000 hektar kebanyakannya di Malaysia.

Daripada skim pembangunan masyarakat, dari semasa ke semasa Felda mengorak langkah menceburi bidang perniagaan. Daripada satu perniagaan ke satu yang lain, memperlihatkan satu demi satu kejayaan dicapai. 

Misi penubuhan Felda sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup mereka lebih sempurna. 

Jika ditanya kepada Keris sekarang apa pandangan peribadi terhadap Felda, kini Felda tidak ketinggalan dari segi prasarana mahupu kemajuan dalam industri yang kini telah mencapai tahap global bukan sahaja nasional.

K7L : Terbaik!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk