20/03/2013

Kiram Diburu Skuad Pembunuh Asing? #LahadDatu



Media Filipina, Inquirer News mendedahkan bahawa satu skuad pembunuh asing dikatakan telah tiba di negara Manila bertujuan untuk membunuh Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan penasihat Pastor beliau "Boy" Saycon. Berita tersebut disampaikan sendiri oleh jurucakap kesultanan Kiram III iaitu Abraham Idjirani. 

Dalam temubual bersama media tempatan, Idjirani turut mendedahkan bahawa "kolonel tentera asing" tiba dengan empat "komando" dan mengupah tiga pembunuh tempatan untuk membunuh Kiram dan pengikut-pengikutnya.

Idjirani dilaporkan telah mendesak Biro Siasatan Negara, Polis Kebangsaan Filipina dan Angkatan Tentera Filipina untuk menyiasat maklumat yang beliau berikan. Idjirani turut mendedahkan bahawa 'pasukan pembunuh asing' itu menginap di Hotel Maxim di Pasay City.

Idjirani yang juga seorang peguam berkata, kononnya beliau didatangi oleh orang asing tersebut dan memberitahu Saycon tentang agenda pembunuhan itu.

Sebelum ini, media Filipina gempar dengan pendedahan seorang kanak-kanak lelaki dikawasan rumah Kiram III yang mendakwa dia didekati oleh seorang lelaki yang dipercayai komando Malaysia.

Lelaki misteri tersebut telah menyerahkan sekeping syiling 50 sen kepada kanak-kanak tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. ~ MPP News.

Hmmm.. Keris dah nampak propaganda yang cuba dimainkan. Siapa Kiram yang perlu dapat perhatian media Filipina? Nampak tak permaianan disitu?

K7L : Teori Konspirasi Masonik...

2 ulasan:

  1. Bodoh punya cerita..Kalau ada orang mau bunuh seseorang dia tak akan bagi tau mana dia menginap.
    Komando Malaysia bagitahu mereka menginap di Hotel Maxim di Pasay City.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk