Kalau ditanya kepada Kerajaan negeri Selangor pimpinan Oppa Khalid, dah tentu dia akan tuduh SYABAS. Walhal masalah-masalah ini diselesaikan oleh SYABAS satu persatu namun terbantut selepas CAPEX yang dipohon untuk kelulusan telah disabotaj oleh Oppa Khalid Loser.
Kepada yang tak tahu, permohonan untuk CAPEX buat SYABAS telah dibekukan sejak tahun 2008 lagi. Memang tak faham apa masalah sebenarnya.
Pokok pangkalnya masalah air ini tak akan berlaku kalau Oppa Khalid beri kerjasama yang penuh dan teratur. Ini tidak, selagi boleh untuk sabotaj dia akan buat sebab dalam kepala Cuma nak buat duit melalui air di Selangor.
Bukan kita tak tahu drama yang sedang dilakonkan. Air tersangatlah penting bagi rakyat Selangor. Fikir secara logic akal, air merupakan perkara yang akan diutamakan oleh manusia. Malahan ada kata-kata yang mengatakan dimana ada air disitu akan ada kehidupan.
Maksudnya air merupakan elemen penting dan bukan sesuatu yang perlu dipolitikkan demi kepentingan kuasa mahupun wang. Selangor merupakan negeri maju yang pesat membangun daripada segi ekonomi, sosial, infrastruktur, prasarana, sukan, tahap kehidupan dan sebagainya.
Tapi adalah sesuatu yang ‘horror’ dan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan jika terdapat gangguan air kritikal di Selangor. Sejarah pasal air di Selangor bukan baru. Dulu tahun 1998 pernah ada krisis air yang sangat teruk. Ianya berlaku selepas permintaan air tersangatlah tinggi.
Akibat daripada berlaku peristiwa hitam tersebut, Kerajaan Persekutuan dah buat kajian serta merangka apa yang perlu dan tidak perlu bagi membendung krisis air ini berulang semula. Namun apa yang berlaku sekarang?
Sebelum si Oppa Khalid Loser heboh nak buat kajian yang sampai hari ini tak ada khabar berita pun keputusannya, dulu lagi kajian rumusan krisis air telah dikeluarkan. Jangkaan akan berlakunya krisis air di Selangor akibat pertambahan permintaan kawasan perumahan dan industry dulu lagi kita dah tahu.
Usaha yang sedang dilakukan terbantut apabila Pakatan menjajah Selangor. Segala usaha untuk membantu rakyat Selangor seakan terhenti. Semuanya berlaku apabila kuasa menguasi diri dan merasakan apa sahaja boleh dipolitikkan serta mampu menjana wang lebih.
Walaupun sebenarnya mereka tahu projek Pembinaan Loji Langat 2 amat praktikal buat rakyat Selangor supaya tidak terjerumus ke kancah gangguan bekalan air yang serius untuk jangka masa yang panjang.
Serius bro! Sampai hari ini Keris masih terpinga-pinga apa masalahnya nak bina Loji Langat 2 yang susah sangat ni. Rupa-rupanya terlalu banyak agenda dalam kepala KNS pimpinan Oppa Khalid Loser. Nak ambilalih konsesi-konsesi air Selangor seakan menjadi satu perkara yang perlu diutamakan berbanding melaksanakan penyelesaian untuk membendung krisis air di Selangor.
Ambilalih atas alasan nak pulangkan hak rakyat? Buat apa nak pulang..kan air memang sudah dari dulu lagi hak rakyat!!!. Rakyat hanya mahu air sentiasa ada saja!!!dan ianya memang dari azali lagi sudah menjadi kewajipan kerajaan negeri untuk menyediakan...Kalau tak reti nak buat kerja, jangan nak heret rakyat nak tutup kelemahan.
Sampai hari ini kelulusan daripada Oppa Khalid Loser masih belum dapat. Sibuk dengan penstrukturan air walhal dia sendiri tahu pelaksanaan tersebut dah gagal sebelum ini. Tapi sebab air pun mereka sanggup politikkan, sanggup jadikan air untuk salahkan orang itu dan ini, tuduh konspirasilah, apalah padahal memang mereka yang berniat untuk sabotaj...Ini semua semata-mata untuk kesinambungan parti politik mereka.
Sampai hari ini sudah terlalu banyak kajian-kajian dan rancangan-rancangan yang keluar daripada mulut busuk Oppa Khalid Style. Tapi standard Pakatan, mereka hanya pandai bercakap dari berusaha untuk pelaksanaan.
Sebab itu mereka bab beri manifesto bukan main lagi, bila rakyat tuntut Oppa Khalid kata #ManifestoBukanJanji. Orang macam ini rakyat Selangor nak sokong lagi? Menyusahkan rakyat pun dia bukan kisah pun. Yang mereka tahu Cuma cakap, cakap dan cakap sahaja tanpa tindakan.
Apakah dengan air liur Oppa Khalid yang pernah kata tak ada masalah air di Selagor mampu tampung permintaan air yang sentiasa meningkat? Kenapa Oppa Khalid Loser tak sokong usaha membendung krisis air demi kebajikan rakyat Selangor?
Jawapannya mungkin ada dalam video ini :
0 ulasan:
Post a Comment