02/03/2013

[Gambar] Jenazah Perajurit Negara! #LahadDatu

[Maaf Gambar telah ditarik keluar atas permintaan sahabat kiat melalui komen]

Al Fatihah buat perajurit-perajurit negara ini. Keris sendiri rasa sebak dnegan perjuangan kamu semua. Kita berjuang atas perjuangan yang sama tetapi getir perjuangan kamu semua lebih hebat.

Takziah buat keluarga para perajurit yang terkorban ini.


K7L : Jangan ada yang perlekeh perjuangan mereka!..

4 ulasan:

  1. tlg hormati keluarga PERWIRA ini yang telah terkorban...mempamerkan pic Jenazah diatas pengusung ini bukan lagi satu yang molek dimata kami sebagai sebahagian daripada anggota keselamatan...

    ReplyDelete
  2. Baik jangan khuatir sy tarik gambar itu.. - K7L

    ReplyDelete
  3. Sudah dikeluarkan pun..Alhamdlulillah..

    Takpalah, bukan pemilik blog niat menghina tp nk menggambarkan HEBATNYA pengorbanan mereka. darah yg mengalir itu darah pejuang..

    Tidak sikitpun rasa hinanya mereka dgn gambar tadi itu.. dr kalangan berjuta rakyat.. mereka pilihan Allah utk gugur sbg pejuang negara.

    Saya terlalu sebak melihat wajah anak2 keluarga 2 perajurit wira negara ini..

    Semoga Allah pelihara ruh dan keluarga mereka!Aminn !

    ReplyDelete
  4. Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.

    Kenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?

    Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.

    Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.

    Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.

    Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.

    Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk