11/01/2013

Mahasiswa UIA Tolak #KL112 - #StudyLebihBaik @HishamuddinH2O @NajibRazak





Kuala Lumpur,10 Januari - Perhimpunan KL112 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini mencetuskan rasa tidak senang mahasiswa

Mohd Wafiy, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata " Mengikut keadaan semasa sekarang mahasiswa sudah pun dibenarkan berpolitik.Melalui pindaan AUKU ini,itu sudah menjadi hak mahasiswa"

"Tapi sebagai mahasiswa kita harus fikir yang mana menjadi keutamaan dahulu samada pembelajaran mahupun dari sudut perjuangan politik"

"Jika bicara soal demonstrasi semasa minggu peperiksaan,adakah ia bagus untuk setiap mahasiswa menzahirkan penguasaan dalam sudut akademik" tambahnya.

Dalam temuramahnya bersama wartawan di UIA semalam,beliau juga turut mengulas bahawa perjuangan politik sehingga mampu menganggu penguasaan mahasiswa dalam akdemik bukanlah perjuangan politik yang baik.

Beliau turut mengajak mahasiswa muhasabah kembali sejauh mana kemampuan mahasiswa."Kita mampu berdemo,kita mampu menyuarakan pendapat kita tapi hakikatnya nanti kalau kita gagal berjaya untuk bergraduasi dari mana-mana universiti,kita takkan kemana-mana".

"Kita ambil satu contoh sekiranya seorang itu berjuang sebagai seorang pejuang mahasiswa yang hebat tapi gagal apabila dipenghujung karier akademik,saya fikir selepas itu karier politik beliau tidak akan kemana-mana"

"Masyarakat akan melabel sebagai seorang pejuang mahasiswa yang gagal dari sudut akademik.Jika aspek akademik gagal dikuasai,jadi wadah untuk perjuangan masyarakat berilmu yang kita perjuangkan,wadah kebebasan akademik yang diperjuangkan itu tidak kemana " ujarnya .

Syazwan Abdul Halim,berpandangan bahawa minggu peperiksaan sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran.

Syazwan memandang serius pandangan
masyarakat terhadap mahasiswa

"Masyarakat selalu memandang serong terhadap mahasiswa kerana tindakan mereka yang selalu berdemonstrasi dan melawan sistem"

"Jika hendak menyatakan rasa tidak setuju kepada sistem,kita mestilah melalui jalan perbincangan dan itu barulah cara yang betul"

"Bukan dengan demonstrasi,bukan dengan tunjuk perasaan dan bukan dengan cara hancurkan harta awam.Nampak seperti tidak bertamadun walhal kita ini mahasiswa,belajar di universiti"

Beliau turut menegaskan bahawa mahasiswa perlu memanfaatkan sepenuhnya ruang untuk yang diberi untuk belajar kerana mereka merupakan golongan yang yang menjadi harapan ibu bapa.


K7L : Ramai mahasiswa nak marah?..

1 ulasan:

  1. Ayuh para siswa dan siswi bangsaku.... anda semua berpeluang untuk meraih masa depan yang gemilang dgn pencapaian akedemik yang cemerlang. Sedang bangsa lain mengambil kesempatan untuk tidak perlu bayar balik pinjaman dgn meraih ijazah kelas 1, anda mungkin terkandas ditengah jalan kerana sibuk dgn aktiviti yg tiada berfaedah untuk pencapaian akedemik anda.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk