Aduhai. Ini bukan kali pertama Keris menulis tentang MAZA ni. Dua kali rasanya teguran dibuat dan peringatan kepada pembaca serta pemimpin tentang MAZA di SINI dan SINI. Apalagi yang dibuat oleh dia ni?
Keris teliti semula, MAZA memang tak kisah dan tidak mengira sensitiviti sesiapa jika memberi pandangan mahupun kritikan secara terus atau tidak. Malangnya apabila dia ditegur, dia pula yang sensitif sehingga jadi seperti budak kecil. Bayangkan jika hanya ditegur telah dibesar-besarkan isunya sehingga berani keluarkan fatwa. Lepas ini kalau dia keluarkan kitab sendiri pun Keris tak hairan.
Tak malu ke pada orang lain? Punya slot di Oxford tapi pemikiran masih tidak matang? Perbesarkan isu sampai mahu menjatuhkan orang lain? SubhanAllah. Keris nak cakap sikit ya, orang macam MAZA ini sebenarnya tak perlu wujud pun didalam UMNO dan Keris tak kisah jika dia tak sokong UMNO. Dia sendiri sudah tunjukkan takjubnya kepada Nik Aziz. Atas sebab apa? Mencium dahi Nik Aziz yang terang-terang mahu melihat UMNO musnah sehingga sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun.
Banyak sebenarnya perangai MAZA yang entah apa-apa. Lihat sendiri bagaimana dia mengeluarkan kenyaatan gawal seperti dibawah ini :
Bukankah ianya berbaur hasutan menentang Institusi Raja-Raja Melayu? Sebagai seorang bekas Mufti yang bijak agama MAZA tak perlu ego dan cakap macam bagus dan tahu semua. Bukan Keris mempertikaikan ilmu yang ada didada MAZA tetapi tak perlu ego. Kalau baca MAZA balas tweet Perdana Menteri, memang tak nampak langsung seperti seorang bekas Mufti tetapi tampak seorang manusia yang merasa dirinya lebih bagus daripada orang lain.
Perangai yang tak elok jangan ditunjukkan. Keris tahu dia punya pengikutnya tersendiri tapi ini pendapat Keris yang sudah lama memerhati MAZA. Sebagai orang muda Keris juga mahu mendalami ilmu agama namun setiap kali merujuk MAZA pasti Keris akan keliru.
Bercakap daripada sudut politik pula sebenarnya MAZA tidak disukai oleh ramai orang termasuk Badrul Amin. Masih ingat kata-kata Ustaz 3 Pagi ini?
Tidak hairan pun jika Badrol Amin pun cakap begitu kerana MAZA terlalu meninggi diri dan ego. Nasihat Keris, isu yang kecil tak perlu diperbesarkan, merendah diri dan kalau boleh tak perlu masuk campur hal politik. Itu yang terbaik.
K7L : Aku pun dah menyampah dengar fatwa fatwa pelik MAZA..
mgkin dendam dia pd kerajaan lom ilang.. dulu kan dia kene tangkap sbb ceramah xde tauliah.
ReplyDelete"korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat.." - kesimpulannya tak boleh komen atau ditegur la kan. cakap la camtuh. so apa beza nya anda dengan org yg anda ckp diatas. jenis typical Meleis anda ni
ReplyDeleteKite kena belajar terima kenyataan..yang sesat tetap sesat..jangan di ikut..
Delete