10/07/2012

Gadis Ini Mahu Songsangkan Akidah Penyokong Bersih Dengan Vigil Light Candle?



Semalam Keris secara kebetulan memang ada di Kuala Lumpur. Masa nak balik dari kerja, Keris diberitahu ada demonstrasi akan diadakan di Dataran Merdeka. Rupa-rupanya puak bersih buat sambutan ulang tahun bersih 2.0 yang mana mereka berarak dari Dataran Merdeka melalui Salan Sultan berkumpul di Stadium Merdeka. Mereka semua berjalan kaki sambil menyalakan lilin dan memakai baju Bersih. Biarpun hujan melanda mereka tetap meneruskan perjalanan yang mana salah satu daripada handphone Keris basah terkena hujan.






Pada mulanya mereka cakap macam ramai, setelah headcount dilakukan mereka yang hadir adalah dibawah 100 orang. Takdelah ramai mana pun. Acara dimulakan dengan doa senyap bertafakur selama 5 minit bagi memperingati arwah Baharudin yang meninggal dunia ketika bersih 2.0 yang lalu. Majlis berjalan dalam 2 jam lepas itu semua bergerak setelah menerima arahan ini :


Keris tanya kepada salah seorang daripada mereka yang hadir tentang mana Anwar, Ambiga, Haji Hadi dan Lim Kit Siang? Jawabnya, "Mereka takkan muncul pun.. U jangan risau, they will come if ada politic mileage, kalau tak memang takkan datang! Dont talk about them lah!, all corrupted people!". Tersenyum pula kerana mereka rupa-rupanya sedar pemimpin pembangakang hanya hadir untuk menjadikan Bersih sebagai platform politik sahaja.

Tapi didalam 'crowd' memang ada juga mereka yang beragama Islam, dan mereka juga turut serta menyalakan lilin dan bertafakur. Sayangnya mereka seakan tidak tahu itu merupakan satu perbuatan yang syirik dan dilarang di dalam Islam. Bayangkan bagaimana seorang amoi datang memberi lilin kepada Keris dan menyalakannya sambil bercakap, " U pray for that dead guy haaa..tell it to your god, Hidup Bersih".

Bayangkan hanya kerana taksub kepada Bersih, mereka yang beragama Islam membiarkan akidah mereka dirobek begitu sahaja. Macam tak ada agama kerana kalau kita nak berbuat baik kepada arwah, kita akan sedekahkan Al Fatihah bukannya menyalakan lilin dan bertafakur!

Kalau Keris jadi anak atau saudara kepada arwah Baharudin, Keris dah mengamuk dan tidak akan sesekali membenarkan mereka menggunakan nama arwah hanya untuk menghalalkan perbuatan songsang mereka.

Apapun gambar amoi tu bukanlah sekadar hiasan kerana dia memang betul-betul hadir. Tak percaya? Dia check in semalam maaa..

K7L : Janganlah kita bodoh sangat sampai tak tahu batas agama dan politik..

1 ulasan:

  1. Panjat tinggi-tinggi
    Sampai dipanah petir
    Belajar dh tinggi-tinggi
    Otak pulak macam PAK PANDIR.

    Raayat mana nak dibela mereka
    Atau hanya untuk seorang ketua
    Raayat susah korang punya kerja
    Kerajaan sekarang juga yg membela

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk