10/07/2012

Antara Nafsu & Jihad - Orang PAS Wajib Baca Sebab Ini Azhar Idrus Tak Ajar?


Kita telah pun dengar cerita tentang orang yang mahu jatuhkan kerajaanlah, mahu jatuhkan pemimpin Islam yang lain hanya untuk kuasa, halalkan darah hanya kerana mahukan kuasa politik dan mempergunakan nama jihad dalam menjatuhkan kerajaan. Keris ingin berkongsi apa makna sebenar jihad dan apa itu nafsu.


"Siapa sahaja dari hamba hambaKu yang menunaikan jihad pada jalanKu kerana mengharap dan mencari keredhaanKu ,Aku jamin untuk mengambalikannya (jika ia Aku kembalikan) dengan segala apa yang didapatinya berupa pahala atau harta rampasan .Dan jika ia Aku matikan (dalam perang itu) ia akan Aku ampuni ,Aku beri rahmat dan Aku masukkan ke dalam syurga."

(hadis riwayat Tarmizi dan Tabrani dari Ibnu Umar)

Asal perkataan 'al jihad' ialah mengeluarkan segala kesungguhan ,kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diIKTIKADkan oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar .Namun demikian perkataan 'al jihad' itu telah sering digunakan untuk makna perang sabil ,seumpama memerangi musuh musuh dan membela diri dari serangan dan ganguan mereka .

Ibnu Atsir (seorang ahli bahasa yang terkenal) telah menerangkan dalam kitabnya, An Nihayah bahawa : 'al jihad' ialah memerangi orang orang kafir dengan bersungguh sungguh, menghabiskan daya dan tenaga dalam menghadapi mereka, baik dengan perkataan mahupun perbuatan .

Al Ashfihani dalam kitabnya Mufradatul Quran menyebutkan makna yang lebih kurang demikian juga .

Ada pun cara cara jihad itu berbagai bagai, kadang kadang dengan ucapan dalam usaha menyampaikan kata kata yang benar, dengan harta dan kekayaan dan adakalanya juga dengan senjata dan jiwa .

Kerana itu Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Lakukanlah jihad terhadap orang orang kafir dengan lidah ,harta benda dan jiwa kamu"

Yang dimaksudkan dengan 'jalan ALLAH' (sabillillah) ialah jalan yang telah digariskan ALLAH dan disyariatkan kepada hambaNya untuk dijalankan dan beribadat dalam batas batas yang telah ditentukan olehNya itu ialah perintah perintah dan larangan laranganNya .Antara 'jihad' dengan 'fisabilillah' terdapat hubungan yang sangat erat .

Adapun jihad ada dua iaitu :

1-Jihad asghar (kecil) ,iaitu memerangi orang orang kafir.

Jihad memerangi orang orang kafir ini disebut jihad kecil meskipun terjadi pertempuran dan pertumpahan darah yang begitu dahsyat dalam pandangan mata manusia .Orang yang gugur dalam jihad asghar tergolong dalam mereka yang mati syahid .

2-Jihad akhbar, iaitu memerangi hawa nafsu.

Pengertian ini didasarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW :

"Kita sekarang kembali dari jihad asghar (jihad kecil) (kembali dari perang Badar/Uhud) kepada jihad akhbar (jihad besar) ,iaitu jihad memerangi hawa nafsu."

Di dalam Al - Quran dikemukakan berbagai bagai jenis nafsu yang disebut :

1-An nafsu Amarah bisu'

yang selalunya mendorong seseorang untuk melakukan dosa dan kejahatan .

2-An nafsu Lawwamah

iaitu hawa nafsu yang sering menyesali diri

3-An nafsu Sawwalah

iaitu hawa nafsu yang seringkali menggambarkan dan menghiaskan sesuatu maksiat atau kejahatan menjadi indah dalam pandangan manusia atau khayalannya .

4-An nafsu Mulhamah

iaitu hawa nafsu yang sering mendorong tingkah laku kederhakaan dan ketakwaan.

Di samping itu di dalam al quran dikemukakan juga tiga jenis nafsu lain yang disebut :

5-An nafsu Muthmainnah

6-An nafsu Radhiah

7-An nafsu Mardhiyah

Ketiga jenis nafsu yang disebut terakhir ini ialah An nafsu Muthmainnah ,An nafsu Radhiah dan An nafsu Mardhiyah diharap agar dipelihara ,dan hendaklah berusaha agar terhindar dari empat jenis nafsu yang disebutkan terdahulu iaitu An nafsu Amarah bisu' ,An nafsu Lawwamah ,An nafsu Sawwlaah dan An nafsu Mulhamah . sumber hadis qudsi bab 2 Berjihad Di Jalan ALLAH ms9-12

K7L : Terima kasih kepada rakan blogger Mencari yang benar..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk