04/07/2012

Bukti Hardcore PAS Dalam Kementerian Pelajaran!



Keris tidak terkejut kerana memang ramai juga penjawat awam menyokong pembangkang kerana kelonggaran yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang mahu membina rakyat Malaysia yang produktif serta membina kerajaan yang teguh. Biarpun tiada tapisan tetapi mereka-mereka yang menyokong sekarang ini terlalu terbuka dan melampau,

Contohnya Pn Ainon Mohd yang telah Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasa Pustaka (DBP). Memakai baju bersih didalam pejabat kerajaan seolah-olah tidak menghormati tempat mereka bekerja dan beri makan kepada anak-anak. Sekiranya manusia sebegini dibiarkan kelak makin ramai yang terhasut dan terus tertipu dengan dakyah pembangkang yang memang ada Master dalam memburukkan kerajaan. Mereka-mereka ini jugalah manusia yang akan bekerja sambil lewa kerana mahu memberi persepsi bahwa kerajaan lemah. Kementerian Pelajaran perlu peka dan sensitif. Eh ini bukan salah Tan Sri Muhyiddin tapi salah pegawai yang bertanggung jawab untuk melantik.

Tengoklah dulu latar belakang siapa yang mahu dilantik lebih-lebih lagi jawatan yang penting. Ataupun memang wujud pegawai tertinggi yang mahu 'planting' pembangkang dalam kerajaan untuk cetuskan huru-hara? Kepada sesiapa yang berkenaan sila jaki semula sebelum nama Timb Perdana Mneteri terus menerus dicalarkan!

Baca juga apa yang Double-Y kata pasal isu ini :


Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan tahniah kepada Puan Ainon Mohammed di atas perlantikkan sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Akademi ini ditubuhkan bertujuan untuk merangka strategi dan kaedah bagi perlaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, Sastera dan Penerbitan.

Tetapi ada pihak mengirimkan emel kepada saya mempertikaikan perlantikkan Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat DBP kerana Puan Ainon sering menggunakan facebook miliknya untuk membuat 'serangan' secara halus kepada kerajaan.

Petikan emel yang dikirimkan :
"Salam tuan,

Saya kakitangan DBP yang sentiasa mendokong aspirasi yang dibawa oleh kerajaan, untuk pengetahuan tuan DBP baru melantik seorang hardcore PAS Ainon Mohd sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP.

Saya bukan mahu mempertikaikan Ketua Pengarah DBP Dr. Awang, saya juga tidak mempertikaikan sumbangan Ainon Mohd dalam memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi saya terkilan dengan sikap Ainon Mohd yang menggunakan laman facebooknya untuk menyerang kerajaan.

Tuan boleh rujuk laman facebook miliknya (Ainon Mohd.)

Adakah Pengerusi Lembaga Pengelola tak buat kerja sehingga gagal menasihati Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkara-perkara dasar?"

Surat Perlantikkan Ainon Mohammed :


Selepas membaca emel yang dikirimkan, saya cuba melawat akaun facebook milik Puan Ainon Mohammed, perkara pertama yang saya terpandang adalah gambar beliau ditemubual oleh TV PAS.

Melihat status yang ditulisnya, maka benarlah dakwaan pengirim emel yang mengatakan Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP yang baru ini merupakan pejuang PAS selain beliau berjuang memartabatkan Bahasa Melayu.

Baca Selanjutnya di blog Double Y [Klik Sini]

K7L : perlu peka..bukan pekak!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk