10/07/2012

[Video] Kerana Fatwa Rusila Haji Hadi Atau 'Arab Spring' Penyerang Samurai Mahu Gulingkan Kerajaan?



Keris dikejutkan dengan berita amuk seorang manusia yang tidak berbaju dan bersenjatakan pedang samurai sambil ditemani seorang wanita. Akhirnya setelah cuba ditenangkan namun tidak berjaya, penyerang tersebut telah ditembak oleh pihak polis kerana terlalu mengancam keselamatan. Difahamkan memang benar pengamuk telah ditembak di tangan dan akhirnya telah meninggal dunia. Lihat video di bawah :


Menurut rakan blogger Panglima Perang Cyber, penyerang merupakan seorang blogger pembangkang yang memang benci kepada kerajaan dan Institusi raja-raja Melayu [Klik Sini]



Jika tanya kepada Keris, adalah tidak mustahil dirinya mahu mengamuk di JPM. Pertama kerana suatu ketika dahulu hanya kerana amanat Haji Hadi di Rusila telah menyebabkan peristiwa memali dan yang kedua kerana kematian seorang rakyat di Syria yang akhirnya mencetuskan revolusi di Syria.

Adalah kemungkinan besar penyerang tersebut memang hanya mahu kerajaan digulingkan biarpun dirinya yang mati menjadi punca dan menjadi legenda. Namun Alhamdulillah rakyat Malaysia tidak tertipu dan lebih bijak dalam berfikir secara kritis dan konkrit menyebabkan dakyah dan revolusi yang cuba dimainkan oleh beberapa blogger pembangkang tampak gagal.

K7L : Keris tak hairan pun jika ada lagi lepas ini sebab mereka akan dibayar..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk