Sebenarnya Keris telah lama memerhati Uncleseekers ini. Kononnya ilmunya terlalu tinggi sehingga berupaya meramal mimpi, menyeru dan mencari makhluk gahib dan banyak lagi. Keris tidak nafikan memang wujud ilmu-ilmu sebegitu samada ianya melalui amalan yang baik mahupun bertemankan syaitan.
Namun apabila ia dibanggakan dan Uncleseekers kelihatan bongkak dan mahu semua orang percaya kepada ramalannya membuatkan Keris bimbang. Khuatir dia jadi seperti Al-Maunah. Uncleseekers juga ada menyentuh isu Sultan Johor yang pada Keris dia tidak patut lakukan. Sebagai orang yang bijak mengatur berbagai benda, dia sepatutnya perlu menjaga sensitiviti orang lain. Bukan semua orang gila macam dia. Kan meramal sesuatu itu haram kalau tidak semua orang dah jadi tukang tilik nasib.
Keris ingat ilmu meramal mimpi ini mukjizat kepada Nabi Yusuf a.s. Janganlah nak tunjuk hebat pula sedangkan kamu ini hanya manusia biasa yang menumpang di bumi Allah. Kepada yang menyokong Uncleseekers, kaji dahulu dalam-dalam baru anda tahu siapa dia.
K7L : Bila orang dah taksub, maka mudahlah syaitan menyesatkannya..
0 ulasan:
Post a Comment