Inilah kehebatan Nik Aziz! Dia boleh sesatkan orang senang-senang sahaja termasuk anaknya sendiri! Entah apa benda yang telah diajar kepada Nik Abduh ketika kecil sehinggakan suka-suka hati bercakap macam dia boleh berinteraksi secara terus dengan tuhan.
Nik Abduh kata di dunia ini tidak ada satu pun perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan orang-orang PAS! Perjuangan Rasulullah dahulu tidak sesuci perjuangan mahukan kuasa memerintah PAS? Paling melampau adalah kenyataan Nik Abduh yang mengatakan perjuangan mereka itu suci kerana Allah telah mengarahkan PAS ke Putrajaya! Woi kau ni Syiah atau memang dah murtad?
Sampai begini sekali dia sanggup cakap untuk mendapatkan undi pada PRU13! Manusia macam ini yang berkopiah dan berjanggut rupa-rupanya merupakan orang yang bertopengkan wajah manusia namun hatinya dijajah syaitan dan nafsu untuk menyesatkan orang lain.
Jika anda semua perasan melalui video diatas, Nik Abduh ada menghasut dengan berkata "biarpun permaidani bertukar menjadi merah dengan darah sekalipun HIJAU akan tetap ke Putrajaya". Ini merupakan satu hasutan dimana darah orang Islam yang meyokong Barisan Nasional dihalalkan untuk dibunuh asalkan mereka dapat merampas kuasa memerintah. Hanya Syiah sahaja yang menghalalkan darah Sunni untuk dibunuh. Jangan pandang mudah dengan kenyataan ini. Ini bukan main-main atau saja-saja kerana dengan kenyataan sebegini tidak mustahil Peristiwa Memali berulang kembali.
Nik Abduh juga mengatakan kami yang menyokong Barisan Nasional adalah penyembah syaitan! Namun dia lupa bapanya sendiri bersedia untuk bekerjasama dengan Syaitan. Nak buktikah Nik Abduh?
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
Ini mesej peribadi Keris kepada Nik Abduh :
Kau kata kami dan keluarga kami yang menyokong Barisan Nasional adalah musuh Allah? Kasyaf sungguh kau! Sedar atau tidak setiap kenyataan yang kau tuduh kami sebagai musuh Allah dan sesuka hati menggunakan nama Allah untuk merampas kuasa akan dibayar oleh Allah! Jangan lupa jika tidak dibayar secara cash di dunia, tunggu waktu di akhirat nanti! Kami bukan orang yang suka menjadikan agama sebagai landasan politik yang menjadikan matlamat untuk menghalalkan cara! Ingat, jika bukan sekarang tunggu saat kau berjumpa dengan Izrail!
K7L : Ya Allah jauhkanlah kami daripada tersesat dengan manusia-manusia seperti ini.
wallahu alam...ke,balilah ke jalan yang benar. jangan disesatkan lagi umat Islam yea.....Astagfar banyak-banyak. Keluarga nik azizi hendaklah kembali ke jalan yang benar...amin
ReplyDeletekalau untuk menawan putrajaya allah berikan ganjaran seperti apa yang mamat ni cakap,betapa besarnya ganjaran orang yang mengilhamkan, merancang serta membina putrajaya pulak.
ReplyDeletebetapa besar dosanya pula kepada orang yang mahu melelongnya?kenapa pula tak khabar?
KUALA TERENGGANU 17 Julai - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.
ReplyDeleteKata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.
Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.
"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.
Dalam sejarah Islam, awal tercetusnya demonstrasi adalah dari golongan pemberontak ketika pemerintahan ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Mazhab demonstrasi dan pemberontakan ketika itu dicetuskan oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura masuk Islam. Beliau menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam bertujuan menyebarkan pelbagai fitnah dan syubhat menghasut rakyat membenci Khalifah ‘Utsman.-WALLAHU A'LAM
ReplyDeleteMembawa ambong ke sawah padi
ReplyDeleteRasa leteh sangkut dipasar
Bila sombong menguasai diri
ALLAH dan Rasul sanggup dicabar!