02/07/2012

Mengapa Double-Y Hampir Menangis Ketika Dia Balik Kelantan? @YuseriYusoff @tunfaisal


Semalam Keris terima panggilan daripada blogger Double-Y yang baru sahaja pulang daripada Kelantan untuk ekspidisinya dengan rakan-rakan Kelantan Cyber Warriors (KCW). "Nak menitik air mata kawe tengok! Nik Aziz dok layok jadi MB!",kata beliau. Nak tahu apa jadi sampai dia marah begitu sekali? Keris petik artikel beliau :


Saya cuba berbual bersama seorang wanita bersama anak kecil yang kebetulan berada di hadapan pintu rumah miliknya. Menurut Kak Yam beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang berusia 3 dan 15 tahun.



Saya turut meminta izin untuk meninjau keadaan dalaman rumah milik Kak Yam yang menjadi tempat beliau berteduh bersama dua anaknya. Sebaik sahaja memijak kaki di dalam rumah tersebut, saya terkesima dan tertanya-tanya bagaimana beliau boleh hidup dalam rumah yang daif begini?

Malah ianya sama sekali tidak selamat bagi dua orang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi ketiadaan pintu tandas rumah tersebut dan membolehkan sesiapa sahaja memasuki rumahnya berkenaan.

Baca selanjutnya tentang rumah belakang kediaman Nik Aziz dan bezakan dengan rumah makcik diatas di blog Double-Y

Nak kata apa lagi ya? Jika tahap kedaifan bukan menjadi perjuangan seorang wakil rakyat malahan kedudukannya sebagai Menteri Besar seolah-olah hanya untuk dirinya sendiri. Jika rakyat masih pilih PAS di Kelantan, kemungkinan lebih banyak lagi orang Islam yang merempat.

K7L : Masalah sosial juga tinggi di sana..Nik Aziz wat gapo?..

2 ulasan:

  1. Pelbagai saiz orang bersaing
    Mendapat manik untuk hiasan
    Omar Abd Aziz gelaran Guan Eng
    POK NIK pula apa gelaran!

    Islam hanya dibuat umpan
    Supaya raayat buat pilihan,
    Asal kuasa ada ditangan,
    Hak raayat usah dipedulikan!

    ReplyDelete
  2. mengikut pengamatan saya pengikut pas merupakan golongan dermawan yg sering menderma,oleh sebab tu pemimpin pas beranggapan rakyatnya kaya-kaya belaka,berpandukan kepada pungutan derma pada ceramah-ceramah anjuran pas menunjukan rakyat tidak perlukan bantuan lagi.

    MUNGKIN SATU MASA NANTI KITA BILEH DENGAR SLOGAN:-

    ----------BANTUAN RAKYAT UNTUK KERAJAAN------------

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk