20/07/2012

Kebajikan Anak Yatim Di Kelantan Tidak Dibela PAS?



Inilah Zaini yang bekerja mengambil upah untuk makan 3 beradik. Mereka tinggal di Kubu Lama British untuk berlindung. Ya Allah mengapa mereka ini tidak dibela oleh orang yang mengaku sangat Islamik dalam pemerintahannya?

Bagaimana Nik Aziz memerintah selama lebih 20 tahun jika masalah sosial tidak diambil berat? Keris petik artikel YY supaya pembaca dapat menyelami sendiri masalah berkenaan 3 beradik ini :


Beginilah keadaan daif tiga beradik Zaini Kasim, 43,Zami, 42, dan Zafni, 41 di Kelantan yang kematian ibunya Halimah Othman akibat kemalangan maut empat tahun lalu, hidup melarat di mana Zaini yang hanya berkerja mengambil upah turun kelaut menangkap ikan dikatakan tidak mampu untuk menyara adik mereka yang menghidap batuk kering manakala adiknya Zafni mengalami penyakit mental apatah lagi untuk menyewa sebuah rumah yang sempurna.


Di sebalik retorik negeri berkebajikan yang mereka laungkan, sebenarnya masih ramai rakyat Kelantan hidup dalam keadaan daif. Malah penemuan tiga beradik yang tinggal dalam kubu peninggalan British yang telah berusia 70 tahun sebagaimana disiarkan Sinar Harian amat mengejutkan kita semua.

Sebelum ini saya turut menyiarkan kisah kedaifan rakyat Kelantan yang berada di bawah Dun yang diterajui oleh Nik Aziz sendiri. Dua hari lepas pendedahan yang dibuat oleh Sinar Harian dan beberapa rakan bloggers dari Kelantan membuktikan lagi bahawa Nik Aziz Nik Mat sebenarnya telah GAGAL menunaikan tanggungjawab beliau sepanjang mentadbir negeri Kelantan.

Siang hari tiga beradik ini akan menggunakan ruang dalaman kubu peninggalan British untuk meneruskan kehidupan harian, manakala sebelah malamnya mereka tidur di khemah yang dibina di atas pokok berhampiran kawasan kubu. Baca selanjutnya di [SINI] untuk lihat keadaan dalam kubu tempat mereka berlindung.

K7L : Ya Allah kasihan melihat saudara seagama tinggal di tempat macamtu..manalah perginya orang-orang Melayu yang kaya di Kelantan ya?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk