Cukup sampai di situ untuk memuji tindakan mereka. Keris mahu memberi pendapat kepada pihak AADK. Kini sebenarnya jika diteliti dengan betul, ramai daripada mereka yang bekerja sebagai penjawat mengambil dadah.
Jika pihak AADK hanya mahu menunggu laporan baru membuat sebarang tindakan bimbingan maka memang sampai ke sudah pencegahan tidak dapat dilakukan.
Saranan yang Keris cadangkan ini telah lama Keris fikir setelah baru-baru ini Keris melihat sendiri wajah seorang pekerja hospital. Bukan prejudis namun pengalaman sewaktu belajar dahulu membuatkan Keris kenal wajah-wajah mereka yang mengambil dadah.
Sudah pasti sebelum sesuatu yang buruk berlaku seperti kecurian, gangguan emosi dan sebagainya kerana kita tahu kesan-kesan itu akan wujud sekiranya bekalan mereka terputus. Tak akan dah jadi baru kita mahu bertindak? Jadi kita harus kritis dan bijak dalam menangani masalah penggunaan dadah oleh penjawat awam.
Setelah bertanya pendapat kepada beberapa rakan dan Keris dapat satu idea. Keris mencadangkan supaya pihak AADK melakukan pemeriksaan air kencing secara rambang serta mengejut dan tanpa notis pemberitahuan. Kalau bagitahu memang semua bersih kerana kadang-kadang kawan akantolong selindung.
Ini langkah pencegahan terbaik yang Keris rasa AADK memang mampu lakukan dengan baik. Mungkin kita mulakan dengan pihak kerajaan, dan pergi kepada sekolah pula dan InsyaAllah dadah bukan lagi akan menjadi satu sumber masalah kepada rakyat Malaysia.
K7L: Keris sedia dipanggil untuk berbincang jika perlu :)..
0 ulasan:
Post a Comment