26/07/2012

Beras Tidak Akan Cukup Menjelang Aidilfitri?



Memang terkejut dengan berita ini sampai pakcik Keris yang meniaga pun kelam kabut nak beli beras banyak-banyak. Kebimbangan ini sebenarnya cuma satu khabar angin yang mahu rakyat menyalahkan kerajaan. Jadi untuk lebih adil, Keris sampaikan berita yang dipetik daripada portal KLXPress berkenaan isu ini.

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkata bekalan beras mencukupi sempena perayaan Aidilfitri dan tidak timbul isu kekurangan beras semasa musim perayaan ini.

Pengarah Urusan Bernas Datuk Bakry Hamzah berkata kebiasaannya permintaan beras kira-kira 3,000 hingga 4,000 tan metrik dan jumlah berkenaan telah digandakan pada musim perayaan ini pada kadar harga yang sama.

“Kita mempunyai lebih kurang 10,000 tan metrik beras di Semenanjung Malaysia, sebanyak 1,500 tan metrik di Sabah dan 1,800 tan metrik di Sarawak,” kata beliau.

Bagaimanapun beliau berkata Malaysia masih lagi mengimport beras pulut dari luar negara iaitu dari Thailand dan Vietnam bagi memenuhi permintaan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, Bakry berkata pengeluaran beras nasional masih berada pada tahap yang sama iaitu sebanyak 70 peratus dan 30 peratus beras adalah diimport.

“Buat masa ini Malaysia mempunyai lebih kurang 500,000 tan metrik beras (stok) dan jumlah ini mampu menanggung permintaan orang ramai selama enam bulan,” kata beliau.

Program pada Selasa, yang merupakan tahun keempat Bernas bekerjasama sebagai penaja bersama, adalah sebahagian inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bernas, ‘Secupak Budi, Sepenuh Hati’.

Sebanyak 7,500 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar Kampung Baru dan Kuala Lumpur dan syarikat juga turut memberi sumbangan kepada tiga rumah anak yatim.

Jadi InsyaAllah tak perlu risau dan khuatir. Beras cukup untuk semua rakyat Malaysia makan. Cuma ini amaran keras kepada para peniaga, kalau anda didapati menyorok beras, gula, tepung dan keperluan hari raya untuk menaikkan harga, anda akan kami bongkarkan.

K7L : UMNO membela rakyat, Bloggers Pro BN membawa suara rakyat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk