06/07/2012

Nabi Muhammad S.A.W Diakui Penulis Yahudi Sebagai Tokoh Paling Berpengaruh!




100 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh Versi Michael H. Hart

MICHAEL H. HART adalah seorang penulis berketurunan Yahudi yang menulis buku berjudul “The 100“ pada tahun 1978. Buku tersebut diisi dengan nama 100 tokoh yang memiliki pengaruh terkuat dalam sejarah manusia. Bukunya bukan sahaja hangat diperdebatkan, malahan konsep bukunya secara luas ditiru. Penting untuk dicatat bahawa Hart tidak memasukkan orang terbesar. Kriterianya ialah orang yang berpengaruh.

Buku ini dicetak kembali pada 1992 dengan beberapa revisi nyata terhadap daftar urutan 100 dan pangkat luar biasa mereka. Terutama di antara revisi itu ialah penurunan pangkat tokoh komunis seperti Lenin dan Joseph Stalin, dan pengenalan Mikhail Sergeyevich Gorbachev. Edisi ini juga memuat Edward de Vere menggantikan William Shakespeare. Hart menggantikan Niels Henrik David Bohr dan Antoine Henri Becquerel dengan Ernest Rutherford, juga membetulkan kesalahan dalam edisi pertama. Henry Ford juga dimasukkan di sini dari yang sekedar “Tokoh-tokoh Terhormat”, menggantikan Pablo Picasso. Akhirnya, urutan itu dipaparkan kembali.

100 Tokoh menurut Michael H. Hart – Berdasarkan Peringkat dan Pengaruhnya

*terdapat lebih nama namun ini senarai yang diterima

1. Nabi Muhammad: Penyebar agama Islam, penguasa Arabia, mempunyai karier memerintah dan keagamaan yang luar biasa, namun tetap seimbang dan serasi, mengakibatkan Nabi Muhammad memiliki banyak pengikut, dan juga menjadi panduan seluruh masyarakat dunia hingga saat ini.
2. Isaac Newton: Pakar Fizik, pencetus Teori Graviti umum, Hukum gerak
3. Yesus / Nabi Isa: Nabi dari keturunan Nasrani
4. Siddhartha Gautama (Buddha): Pendiri agama Buddha
5. Kong Hu Cu: Pendiri agama Kong Hu Cu
6. Santo Paulus: Penyebar ajaran Kristian
7. Ts’ai Lun: Pencipta kertas
8. Johann Gutenberg: Mengembangkan mesin cetak
9. Christopher Columbus: Penjelajah, memimpin orang-orang Eropah ke Amerika
10. Albert Einstein: Ahli Fizik, Saintis, pencipta Teori Relativiti
11. Louis Pasteur: Ilmuwan, pencipta Pasteurisasi
12. Galileo Galilei: Astronom, pencipta teori Heliosentris
13. Aristoteles: Ahli Falsafah Yunani yang berpengaruh
14. Euclides: Pakar Matematik, membuktikan tentang Geometri
15. Nabi Musa: Nabi terbesar keturunan Bani Israel
16. Charles Robert Darwin: Ahli Biologi, pendiskripsi teori Evolusi
17. Kaisar Qin Shi Huang: Pemerintah Tiongkok
18. Augustus Caesar : Pemerintah Rom
19. Nicolaus Copernicus: Ahli Astronomi, salah satu tokoh Teori Heliosentris
20. Antoine Laurent Lavoisier: Bapa Kimia Moden, Ahli Falsafah dan Ekonomi
21. Constantine yang Agung: Pemerintah Rom
22. James Watt: Pegembang/Pembuat Mesin Wap
23. Michael Faraday: Ahli Fizik dan Kimia yang mencipta Induksi Elektromagnetik
24. James Clerk Maxwell: Ahli Fizik , Pencipta Spektrum Elektromagnetik
25. Martin Luther: Pendiri agama Protestan dan aliran Lutheran
26. George Washington: Presiden pertama Amerika Serikat
27. Karl Heinrich Marx: Bapa Komunisme
28. Orville Wright dan Wilbur Wright: Pencipta Kapal Terbang
29. Genghis Khan: Penakluk Mongolia
30. Adam Smith: Ahli Ekonomi, Pelopor Kapitalisme
31. Edward de Vere, 17th Earl of Oxford: Kemungkinan menulis karya yang berkaitan dengan William Shakespeare
32. John Dalton: Ahli Kimia dan Fizik, pencipta Teori Atom, Hukum Tekanan Parsial (Hukum Dalton)
33. Iskandar Zulkarnain: Penakluk dari Macedonia
34. Napoleon Bonaparte: Penakluk dari bangsa Perancis
35. Thomas Alva Edison: Pencipta Mentol dan Fonograf, dll.
36. Antony van Leeuwenhoek: Saintis Mikroskop, pengkaji kehidupan mikroskopik
37. William Thomas Green Morton: Pelopor Anestesiologi
38. Guglielmo Marconi: Pencipta Radio
39. Adolf Hitler: Jeneral Jerman Perang Dunia II
40. Plato: Ahli FalsafahYunani
41. Oliver Cromwell: Pemimpin Politik Inggeris
42. Alexander Graham Bell: Antar Pencipta Telefon
43. Alexander Fleming: PenciptaPenisilin, pengkaji Bakteriologi, Imunologi dan Kemoterapi
44. John Locke: Ahli falsafah dan Teologi liberalisme
45. Ludwig van Beethoven: Komposer musik klasik
46. Werner Karl Heisenberg: Pencetus Prinsip 'Penaakulan'
47. Louis-Jacques-Mandé Daguerre: Pencipta/Pelopor kaedah Fotografi
48. Simon Bolivar: Pahlawan nasional dari Venezuela, Colombia, Ecuador, Peru,dan Bolivia
49. René Descartes: Ahli Falsafah Rasionalis dan Ilmu Hisab
50. Umar bin al-Khattab: Khalifah Ar-Rasyidin kedua, memperluas Daulah
51. Khulafa' Ar rasyiddin : Penerus cita-cita Nabi Muhammad SAW.
52. Paus Urbanus II: Penyeru Perang Salib
53. Michelangelo Buonarroti: Pelukis, Pengarca, Arkitek
54. Asoka: Raja India yang masuk dan mengembangkan agama Buddha
55. Santo Augustinus: Pembawa Teologi awal Kristian
56. William Harvey: Pengkaji Pengedaran Darah dalam badan
57. Ernest Rutherford, 1st Baron Rutherford of Nelson: Ahli Fizik
58. John Calvin: Tokoh Reformasi Gereja, pembawa aliran Calvinisme
59. Gregor Johann Mendel: Pengkaji Teori Genetik
60. Max Karl Ernst Ludwig Planck: Ahli Fizik, Pencipta formula termodinamik
61. Joseph Lister, 1st Baron Lister: Pencipta Antiseptik yang berjaya mengurangkan kematian akibat pembedahan
62. Nikolaus August Otto: Pencipta mesin pembakar 4 Tan
63. Francisco Pizarro: Penakluk dari bangsa Sepanyol yang menjajag Kerajaan Inca di Amerika Selatan
64. Hernando Cortes: Penakluk dari bangsa Sepanyol yang menjajah Mexico
65. Thomas Jefferson: Presiden ketiga AS
66. Ratu Isabella I: Pemenrintah Sepanyol, penyokong Cristopher Colombus
67. Joseph Stalin ([[Joseph Vissarionovich Dzugashvili]: Tokoh revolusi dan Ketua Soviet Union
68. Julius Caesar: Pemerintah Rom
69. Raja William I : pelopor pembangunan Inggeris moden.
70. Sigmund Freud: Pendiri sekolah Freud untuk psikologi, ahli psikoanalisis
71. Edward Jenner: Pencipta vaksin cacar
72. Wilhelm Conrad Roentgen: Pencipta sinar X
73. Johann Sebastian Bach: Komposer
74. Lao Tzu: Pendiri Taoisme
75. Voltaire: Penulis dan ahli falsafah
76. Johannes Kepler: Ahli astronomi yang mencipta Hukum Kepler berkenaan pergerakan planet
77. Enrico Fermi: Pengkaji Atom
78. Leonhard Euler: Ahli Fizik dan Matemaik dan pencipta Kalkulus Diferensial dan Integral
79. Jean-Jacques Rousseau: Ahli falsafah dan pengarang Prancis
80. Niccolò Machiavelli: Penulis politik
81. Thomas Robert Malthus: Ahli ekonomi, penulis Esei Prinsip Populasi dalam Pengaruhnya pada Kemajuan Masa Depan pada Masyarakat
82. John Fitzgerald Kennedy: Presiden AS yang mendirikan “Program Luar Angkasa Apollo”
83. Gregory Goodwin Pincus: Ahli Endokrinologi, pencipta pil KB
84. Mani (en): Nabi Iran abad ke-3, Pendiri Manicheanisme
85. Vladimir Ilyich Lenin (Vladimir Ilyich Ulyanov): Tokoh revolusi dan pemimpin Rusia
86. Kaisar Sui Wen: Penyatu Tiongkok, pendiri Dinasti Sui
87. Vasco da Gama: Navigator, Berjaya menemui jalan pelayaran Eropah ke India
88. Raja Cyrus yang Agung: Pendiri empayar Parsi
89. Tsar Peter yang Agung: Mendekatkan Rusia kepada Eropah
90. Mao Zedong (Mao Tse-tung): Bapa Komunisme Mao
91. Sir Francis Bacon: Ahli Falsafah, menggambarkan secara induktif metadologi ilmiah
92. Henry Ford: Pembuat kereta, Pelopor Ford
93. Meng Tse: Ahli Falsafah, pendiri sekolah Conficiousme
94. Zarathustra (Zoroaster): Pendiri Zoroastrianisme
95. Ratu Elizabeth I: Ratu Inggeris
96. Mikhail Sergeyevich Gorbachev: Perdana Menteri Rusia yang menamatkan era Komunisme di Soviet Union dan Timur Eropah
97. Raja Menes: Menyatukan Mesir Atas dan Mesir Bawah
98. Kaisar Charlemagne: Raja Rom
99. Homer: Penyair epik
100. Kaisar Justinianus I: Raja Rom, menakluk kembali empayar Mediterannian
101. Mahavira: Pendiri Jainisme
102. St. Thomas Aquinas: Ahli falsafah Kristian awal yang berpengaruh
103. Archimedes: Pakar Matematik dan Kalkulus
104. Charles Babbage: Pelopor penciptaan komputer
105. Kaisar Khufu (Cheops): Pembangun Piramid Besar
106. Marie Curie: Ahli fizik yang menemui radioaktif
107. Benjamin Franklin: Ahli Politik Amerika Syarikat
108. Mohandas Karamchand Gandhi: Pemimpin India dan pembaharu Hindu
109. Abraham Lincoln: Presiden ke-16 Amerika Syarikat
110. Ferdinand Magellan: Navigator, memberi nama Samudera Pasifik, pertama kali mengelilingi dunia
111. Leonardo da Vinci: Seniman, artis

K7L : Sebab itu ramai yang dengki dengan pengaruh Rasulullah sampai ada yang tak mahu sambut Maulud Nabi..sebab dia pun tak masuk akal..gila punya orang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk