23/07/2012

Masuk PAS Supaya Masuk Dalam 'Chai' Nik Aziz Ke Syurga?





Kalimah Allah kini sedang hebat dijaja oleh orang-orang PAS. Lihatlah sendiri bagaimana seorang artis yang mencukur bulu keningnya kini hebat bercakap tentang agama, pahala, syurga dan perjuangan macam dah berkurun menuntut ilmu agama. Inilah dia orang yang tak berapa nak cerdik sangat pasal agama tapi bercakap tinggi melangit.

Kalau kita kritik dia kata kita tak beri peluang untuk dia mencuba dan dia mahu berubah. Dahulu zaman Rasulullah, baginda tak buat PC masa Umar Al-Khattab masuk Islam dan Umar pun tidak berkata apa-apa tentang PAS. Tiada pula Umar Al-Khattab kata masuk PAS baru boleh tersenarai dalam senarai pejuang agama. Tiada pula Nas aqli mahupun naqli yang mengatakan dengan borang PAS kelak akan membantu jika ditanya malaikat ataupun disoal Allah kelak. Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara.


Mendaftar masuk mana-mana Parti Politik tidak menjamin nama mereka tersenarai sebagai pejuang Addin. Jangan terkeliru kerana Syaitan memang berjanji untuk menyesat dan mengelirukan anak Adam. Tiada tertulis dalam Al-Quran PAS boleh membawa syurga dan pahala untuk ahli mereka. Tiada tertulis juga mengatakan dengan masuk PAS Nabi Muhammad S.A.W. akan menagku kita salah seorang umatnya. Mudah sekali orang PAS mempergunakan Kalimah Allah, patutlah mereka menikus ketika Irene Fernandez pertahankan penggunaan 'Allah' dalam bible. Soalnya siapa yang bersama mereka Islam, kalau kami yang bukan ahli PAS bukan Islam?

Abby perlu lihat diri dan belajar banyak lagi tentang agama. Orang yang menyesatkan orang lain kerana tidak arif tentang sesuatu perkara tetapi buat-buat pandai pun sebenarnya akan ditanya di 'sana'. Kalau tersenarai sebagai pejuang agama sekalipun, kita bercakap mengelirukan orang lain dan menimbulkan kesesatan. Tanggung sendirilah. Mengucap dua kalimah syahadah termasuk dalam rukun Islam. Abby taw atas sebab apa? Belajar kak, bukan buat-buat pandai.


K7L : Jangan salah cakap haaa..

2 ulasan:

  1. Tikus membaiki labu....

    ReplyDelete
  2. Mana boleh ikut pemahaman sendiri kena berguru dan cari guru yang betul

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk