26/07/2012

@Khalid_Ibrahim Mana Geran 300 Juta Selangorku? Tipu Ya?



Sebenarnya niat Keris cuma mahu memetik artikel rakan blogger Sinis Malaysia namun tiba-tiba terfikir pula persoalan akan kewujudan geran 300 juta Selangorku. Sejauh manakah kewujudan geran tersebut? Apakah kerana itu Faekah Husin tidak dipecat walaupun Exco Negeri Selangor mendesak Menteri Besar Selangor?

Blogger Sinis Malaysia kata :

Kalau betul wujud sila tunjukkan secepat mungkin! Dan kini masalah air pula. Akhirnya Khalid-G menemui jalan penyelesaian masalah air hingga sanggup menentang SYABAS habis-habisan!

Tahniah diucapkan!

Dengan menggunakan DUIT RAKYAT SELANGOR sebanyak (RM676,000,000-00) SAHAJA Khalid-G telah berjaya membeli hartanah untuk tujuan korporat di masa hadapan sekaligus menyelesaikan masalah air yang menghantui penduduk negeri Selangor.

Sebab itu Khalid-G dengan segala buat-buat pandai membeli semula 13 hartanah di negeri Selangor yang rata-rata dipenuhi air.

Sebagai contoh, adalah sangat pandai MB Selangor ini dengan membeli 2,263 ekar tanah PAJAKAN kepunyaan Talam dengan harga RINGGIT MALAYSIA LAPAN PULUH RIBU (RM80,000-00) SAHAJA SE-EKAR dengan jumlah keseluruhan 2,263 ekar adalah RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LAPAN PULUH SATU JUTA (RM181,000,000-00) SAHAJA walaupun jurunilai Talam iaitu MITRA VALUERS & PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD meletakkan nilai se-ekar tanah di BESTARI JAYA hanyalah RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH RIBU (RM60,000-00) SAHAJA.

Ini bermakna, walaupun jurunilai Talam sendiri meletakkan harga keseluruhan 2,263 ekar tanah pajakan itu sekitar RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS TIGA PULUH SEMBILAN JUTA (RM139,000,000-00) SAHAJA, namun Khalid-G yang bijak pandai lagi pemurah orangnya SUDI untuk menambah sekitar RINGGIT MALAYSIA EMPAT PULUH DUA JUTA (RM42,000,000-00) SAHAJA ke dalam "drawer" Talam... Itu pun kalau masuk dalam "drawer" Talam dan tak ada elemen "kick-back monies" kepada ehem ehemm tertentu.


FOTO SEBENAR DIAMBIL DI KAWASAN TANAH BESTARI JAYA : Bijaknya Khalid-G terbukti kerana pembelian 3 in 1 ini, dapat TANAH, AIR DAN KERBAU sekali gus. bijak tak bijak tak? bijak kan!

E'eh! Jangan buruk sangka... ini semua "corporate decision", engkorang semua mana taau?! Kan Khalid-G ni "corporate man" orangnya!

So, Rozali Ismail boleh duduk diam-diam gigit kuku jari bila tengok tanah-tanah yang dibeli oleh Khalid-G ni...BANYAK AIR WOOOO...

Untuk pengetahuan oarng-orang yang "kurang bijak" macam aku ni, tanah Bestari Jaya ini dilihat dari faktor guna-pakai tanah atau "soil-test" nya meliputi 438 EKAR TANAH YANG DILITUPI AIR dan 575 EKAR TANAH PAYA LUMPUR SERTA HUTAN.

Waaaaaah! Sungguh PANDAAAIIII Khalid-G dalam membuat "game" perangkap ke atas Rozali Ismail.

Maka ini, berjayalah Khalid-G dengan DUIT RAKYAT SELANGOR menyelesaikan masalah air. Apa taknya... Khalid-G kini telah punyai HUTAN SIMPAN TAKUNGAN AIRNYA sendiri hanya dengan mengeluarkan WANG RAKYATsebanyak RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LAPAN PULUH SATU JUTA (RM181,000,000-00) SAHAJA.

BRAVOOO!


SATU LAGI FOTO SEBENAR DIAMBIL DARI TANAH YANG DIBELI SEMULA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARI TALAM DI BESTARI JAYA

Nanti dulu... nanti dulu. Sekali imbas, macam kurang aja air kat atas tanah Bestari Jaya... Betul ke cukup nak "supply" pada rakyat negeri Selangor lah, Putrajaya lah... KL lah...

Alang-alang "shopping-spree-time" BIARLAH perabihkan semua duit rakyat negeri Selangor kan... tak gitu?

So, apa sangatlah "spend" RINGGIT MALAYSIA LAPAN PULUH TUJUH JUTA TUJUH RATUS RIBU(RM87,700,000-00) SAHAJA sekali lagi bayar kepada Talam untuk tanah yang lain pulak.

Kali ni "guarantee" BERAYIIIR punyalah!

Sambung tengok kat [SINI]

K7L : Kenapa kalau pembangkang pegang negeri mesti wujud masalah air?..bala ke?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk