Kini setelah sekian lama PKR ditubuhkan, mereka telah dipinggirkan sehinggakan kebajikan sudah tidak dijaga. Inilah bayaran yang diterima mereka yang dahulunya orang paling hadapan ketika Anwar Ibrahim ditahan.
Bayangkan jika mereka yang sangat setia menyokong sehingga ada yang sanggup ditahan demi Anwar, dibayar jasanya dengan sebegini rupa. Jika rakyat menyokong Anwar dan PAKATAN, apakah rakyat akan dijaga kebajikannya? Sudah tentu tidak kerana sikap mengambil berat dan bertanggungjawab orang PKR tidak wujud. Tak dapat bayang apa jadi pada Malaysia kalau puak-puak ini dibenarkan memerintah!
Menurut FB Nora Reformis, dia dimaklumkan rakan reformisnya ingin berjumpa dengan Zuraida Mak Lampir kerana dia berada di Ampang namun sampai ke sudah tidak dapat berjumpa malahan dihina pula jika datang ke pejabat.
Inilah bayaran setimpal yang diterima apabila anda yang lantang melaungkan reformasi untuk Anwar Ibrahim dan kroninya. Tengoklah sendiri jika anda yang pernah tidak tidur dan tidak kenal lelah untuk menyatakan sokongan kepada pembelaan Anwar Ibrahim dipinggirkan oleh mereka yang kini sudah berjawatan di dalam PKR.
K7L : Mereka yang pentingkan diri sendiri tak layak jadi Pemimpin!
0 ulasan:
Post a Comment