SubhanAllah! Apakah dosa seorang anak kecil yang telah kehilangan ibubapa yang menumpang kasih di rumah anak yatim namun mereka telah dicabul oleh warden! Dan menurut sumber rumah anak yatim tersebut dibawah seliaan Kerajaan Negeri PAS Kedah! Paling menarik adalah suspek yang dikatakan sering mencabul dan membuat gangguan seksual kepada anak-anak yatim itu merupakan seorang jumud PAS!
Inilah keperibadian seorang ahli kepada parti yang kononnya membawa nama Islam. Sedih dan kecewa. Kalau Keris jumpa siapa pencabul ini, memang akan ditampar! Ini amaran keras! Keris akan turun ke negeri Kedah untuk siasat jika ada peluang!
Salah seorang penghuni asrama berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liya (bukan nama sebenar, ketika ditemui Sinar Harian semalam, berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi penghuni di asrama berkenaan.
Menurutnya, warden berkenaan mula bertugas di situ menggantikan warden sebelumnya, sekitar tahun 2007. Sikap warden yang hanya digelar ‘pakcik’ itu sudah mula menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penghuni asrama berkenaan.
“Mana tidaknya, pakcik dan keluarganya tinggal berhampiran asrama kami namun tugas pakcik lebih kepada menjaga penghuni puteri manakala tugas isterinya, makcik pula menjaga penghuni lelaki.
“Saya sendiri pelik kenapa tidak makcik sahaja yang menjaga penghuni puteri, sudah tentu kami lebih berasa selesa.
Namun tiada tempat untuk kami mengadu mengenai perkara itu, apatah lagi apabila pihak pengurusan dilihat asyik menyokong pakcik,” katanya.
Liya berkata, berikutan keadaan tidak selesa yang mulai membelenggu mereka, masing-masing berbincang sesama sendiri dari saling mengingatkan agar tidak pergi ke mana-mana, khususnya pada waktu malam secara bersendirian.
“Sebelum timbul kes cabul ini lagi, banyak perkara yang kurang menyenangkan berlaku antaranya tindakan pakcik masuk ke bilik air puteri dengan membawa rotan ketika kami sedang mandi pada waktu siang.
“Sebab itu, saya dan penghuni lain di asrama itu berharap sangat agar warden dapat ditukar. Kami selesa dan gembira tinggal di situ, malah dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran namun kehadiran warden ini memang membuatkan kami berasa tidak selesa,” katanya.
Baca selanjutnya kisah Liya di SINI
K7L : Orang PAS memang tak takut mati sebab depa rasa pangkah PAS tiket masuk syurga!..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSemoga anda terlepas daripada tanggungjawab untuk mendatangkan semua bukti dan persaksian di hadapan Allah SWT dipadang Mahsyar kelak.
Yakinlah, bahawa semua pertuduhan yang kita lemparkan sama ada dalam bentuk posting,comment dll,tidak akan terlepas dari pengadilan Allah SWT.
Sekiranya anda yakin dengan pertuduhan anda,teruskanlah usaha pembongkaran ini,kerana janji Allah adalah benar.Namun jika sebaliknya,fikir-fikirkanlah nasib anda di hari akhirat kelak.
Buat acar sibuah lada
ReplyDeletePedas sangat makan ditangguh
Lain macam je komen anda
Macam membela yang dituduh!
member kot!
Kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Berita tersebut tidak boleh dipandang ringan, harus disiasat. Jangan sampai budak2 tu dah kena rogol baru nak siasat.
ReplyDeleteCerita nie betol pun...saya salah seorng waris penghuni situ..adik sya diletakkan di situ atas masalah keluarga..."pak cik" tue selalu ckp ego, riak dan bongkak .mmg bnyak orng yg menyumbang kt rumah anak yatim tue bnyak sngt..murah rezeki budak2 tue..tpi semua pi kt anak2 bini dia..mkn sedap2.. budak nie???jarang sngt dapat ayam...budak yg kena cabul tue naif sngt,sngt2 pemalu orngnya.so??warden die x berkelayakkan pun orng2 kg situ gakkk..weird
ReplyDelete