27/02/2015

Penulis Buku SHIT! Dah Bagitahu DAP-PAS Salah Dari Dulu Lagi!



Multaqa Ulama SeMalaysia II yang diadakan Ahad lepas dilihat menjadi medan kumpulan ulama PAS memperkukuhkan iltizam dan mengumpul sokongan padu anggota terhadap kepimpinan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menjelang pemilihan parti pada Jun ini, kumpulan ulama yang menjadi tunjang kepimpinan PAS mahu para anggota setia kepada pemimpin parti dan dasar parti, serta patuh arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan Presiden.


Tanpa berselindung, mereka mengakui bahawa wujud perpecahan ketara di dalam PAS pada masa ini sehingga ada cubaan menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi oleh kalangan anggota parti.

Mereka menghentam penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), satu badan bukan kerajaan (NGO) dalam PAS, dan diibaratkan seperti duri dalam daging yang hanya memporak-perandakan parti.

Jadi benarlah apa yang Shahnon Ahmad pesan dulu. Katanya jangan bergabung tapi mereka degil. Kerana tamakkan kuasa. Sampai hari ini pun masih Kelantan sahaja milik PAS. Sekarang sendiri makan senjata buatan?

K7L : Bunuh membunuh dalam Pakatan...

1 ulasan:

  1. Pulak? Yang menggelarkan "ULAMAK" kepada kepimpinan PAS siapa pulak. Pepatah Inggeris berkata: The pot calling the kattel black" (Dlm bahasa melayu "cerek kata kuali hitam" sedangkan sama-sama hitam.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk