09/03/2013

Felda Sahabat 17 Sabah Ditipu 'Hero Palsu' Ketika Diserang Penceroboh #LahadDatu



Lebih daripada 15,000 orang peneroka di Felda Sahabat 17 berada dalam keadaan bimbang dan berjaga-jaga sejak hari pertama lagi penceroboh yang bertindak ganas memasuki Sabah dan melakukan huru-hara.

Selama hari ini kita dengar yang Mazlan sibuk kata dialah hero kepada para peneroka di seluruh Malaysia. Aneh sekali apabila kali ini para peneroka Felda tidak didatangi oleh Hero Palsu mereka untuk menyelamatkan keadaan.

Apa yang Mazlan mampu lakukan adalah melihat dari jauh dan ketawa? Inilah sikap yang dibangga-banggakan oleh sesetengah peneroka yang terhasut dengan idelogi sesat Mazlan dan mengankat dia sebagai hero?

Kini Masyarakat FELDA Sahabat 17 langsung tidak mendapat pembelaan daripada Mazlan Aliman apabila kira-kira 15,000 peneroka terpaksa berhadapan dengan pihak penceroboh Lahad Datu yang lengkap bersenjata.

Bermula 9 Februari sehingga 28 Februari, masyarakat FELDA Sahabat 17 hidup dalam ketakutan. Mereka terpaksa bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan apabila kira-kira 180 orang penceroboh bersenjata menjadikan FELDA mereka sebagai markas untuk berkumpul.

Yang dilihat bersusah payah mempertahankan Felda Sahabat 17 mahupun keseluruhan Sabah hanyalah pihakp polis dan Angkatan Tentera Malaysia yang bertungkus-lumus berjuang. Mana perginya hero palsu Felda?

Selalunya jumud-jumud Anak yag dipimpin Hero Palsu peneroka Felda, Mazlan Aliman cakap berdegar-degar nak pertahankan Felda bagai. Sekarang apabila para peneroka Felda Sahabat diceroboh, tidak mahu pula Mazlan ketengah?

Inilah contoh 'Hero Palsu' buatan PAS yang kononnya bermati-matian mempertahankan tanah Felda namun apabila sesuatu perkara yang benar-benar serius dan memerlukan pertahanan, mereka ini semua lesap dan hilang!

Kalau macam inilah Mazlan nak janji untuk pertahankan masyarakat Felda, boleh blah!

K7L : Ini kalilah! kita jangan percaya dengan ANAK!..

1 ulasan:

  1. ANAK hanya datang untuk cari makan dengan PENEROKA,masa peneroka senang datanglah ia meminta undi dengan FITNAH yang terlampau,masa peneroka SUSAH mereka duduk jaug2,sama juga dengan PKR,PAS...politukus haramjadah memang begitu,

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk