Suatu kelainan yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini adalah 6km back to back events sepanjang 23 hingga 27 Mei 2012.
Terdapat lebih 500 aktiviti disenaraikan dengan 38 segmen. Selain itu, lebih 1000 orang penghibur akan menghiburkan pengunjung di 22 pentas di Putrajaya, kata Dato’ Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha KBS semasa ditemuramah wartawan di sini, hari ini.
Dengan sasaran 2 juta pengunjung selama 5 hari kali ini, pelbagai aktiviti yang telah susun bagi menjanjikan Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena hari Belia Negara 2012 ini luarbiasa dan antara 10 himpunan atau gathering terbesar di dunia. Dengan bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan, HBN2012 menjanjikan sebuah karnival yang besar, menyeronokkan, membuka peluang dalam pelbagai peluang dan sukar dilupakan.
Selain konsert KPOP yang ditunggu-tunggu oleh para belia yang meminati genre pilihan anak muda Korea Top Teen dan Dal Shabet, KBS juga menyediakan pelbagai pentas dengan genre yang berbeza untuk belia Malaysia yang mempunyai bakat dan ingin membuat persembahan mengikut genre yang diminati.
Segmen World Jazz Festival HBN 2012 yang bakal menutup penyertaannya pada 28 April nanti adalah satu platform yang harus direbut oleh jutaan belia di luar sana. Maklumat lanjut, sila melayari www.hbn.gov.my atau www.kbs.gov.my.
Blog Keris akan memberi maklumat promosi kepada Hari Belia Negara Mei 2012 sebagai tanda sokongan dari masa ke semasa.
K7L : Nasib baik Keris masih lagi belia..bukan macam blogger Mctheory..dia dah tua..haha
0 ulasan:
Post a Comment