Menitik airmata seorang pegawai RELA yang tercedera ketika melakukan operasi penangkapan PATI yang didapati menjual dadah. Keris ada ketika itu dimana kaki anggiota tersebut patah apabila ditendang oleh PATI berkulit hitam di Kuala Lumpur. Ada sesiapa ambil tahu dan kisah? Bakti mereka kepada masyarakat harus dibalas dengan sedikit penghormatan dan bukannya cercaan. Banyak lagi kisah mereka ketika bertugas yang kita tidak tahu. Semuanya dilakukan demi keamanan dan kedamaian di bumi Malaysia.
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari
1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 –
Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.
Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani PATI. RELA juga merupakan satu kelompok sukarelawan rakyat yang bertugas untuk rakyat sebab itu namanya Ikatan Relawan Rakyat! Peranan dan tugas RELA berbeza dengan PDRM.
Bar Council pula mahu RELA dihapuskan diatas kesalahan beberapa orang petugas RELA yang melakukan kesilapan. Hei! kalau ada individu yang menyalahgunakuasa atau pelanggaran terhadap prosedur tugas, kita ada undang-undang dan setiap anggota RELA tertakluk kepada tindakan displin atau undang-undang. Jika didapati bersalah maka kita hukum! Tidak 'Double Standard' seperti Bar Council yang hanya tahu mencari kesalahan agensi kerajaan sehingga tidak nampak 'kurap' pada diri sendiri.

Berapa ramai ahli Bar Council yang terlibat dengan kes jenayah ataupun melanggar undang-undang? Masih ingatkah kita pada Kes Pembunuhan Sosilawati? Perhimpunan BERSIH? Tuntutan IFC yang menyentuh sensitiviti umat Islam? Bukankah semua itu merupakan pelanggaran undang-undang. Ada penafian bahawa ahli Bar Council tidak terlibat?
Keris memandang bahawa sebenarnya ini adalah usaha-usaha pembangkang yang menjadikan puak elitis Bar Council sebagai balaci mereka untuk menghapuskan kuasa rakyat kerana kini rakyat telah menjadi bijak sekaligus mereka yang kononnya bijak pandai didalam Bar Council sudah mula resah apabila rakyat tidak lagi boleh dimanipulasi. Mereka sebenarnya yang menindas rakyat dalam keadaan kita tidak sedar.
Siapa yang mahu merosakkan keharmonian dan kesejahteraan agama di Malaysia? Siapa yang membuat forum membincangkan hal Islam sehingga menyentuh sensitiviti orang Islam di Malaysia? Siapa yang menyokong LGBT?

Mahu cerita panjang pasal Bar Council memang tidak akan habis. mari kita baca juga apa kata rakan-rakan Keris mengenai isu Rela mahu dimansuhkan oleh Bar Council ;
Mat Kilau Penang
Terbaru pihak Bar Council mahu tugas-tugas ini perlu diserahkan kepada pihak Polis dan Rela perlu dimansuhkan adakah ini releven pada masa kini,Bagi MKP ini adalah tidak perlu selepas aapa yang MKP nyatakan diatas.Pihak Bar Council takut dengan femomena ini kerana ianya penglibatan Rela adalah datangnya dari rakyat dan lebih dekat dengan rakyat kerana mereka sendiri menyertainya.
Pihak Bar Council telah banyak masalah dalaman dan berapa banyak ahlinya serta kepimpinannya melanggar undang-undang padahal Bar Council ditubuhkan untuk memperkasakan undang-undang itu sendiri.Dengan kuasa yang telah diberi pihak Bar Cauncil telah menyalah guna kuasa yang diberi.Apa dah jadi dengan penglibatan Datuk yang menjadi ahli dalam kes Solilawati?Bar Council telah diperkudakan oleh elitis didalam pakatan tipu rakyat demi mengucar-kacirkan Rela yang telah banyak mambantu rakyat.Pakatan pembangkang dan Bar Council bimbang dengan penglibatan Rela dengan masyarakat.
Kenapa pihak Bar Council mempertikaikan tugas RELA dengan cadangan memansuhkan sahaja RELA sedangkan itu pilihan rakyat? Bar Council yang hebat pun gagal membantu rakyat contoh paling besar ada ahlinya terlibat dalam jenayah iaitu kes bunuh Datuk Susilawati jutawan kosmetik negara.
Sepatutnya Bar Council wajib diharamkan kerana gagal membantu rakyat,melibatkan ahlinya dengan kes jenayah tanpa sedikit rasa malu dan ternyata kini menjadi perjuang individu seperti Anwar Ibrahim bukannya rakyat yang tertindas. Apakah peranan RELA ini merimaskan BAR COUNCIL kerana dilihat sangat berperanan?
K7L : Sekarang rakyat yang membuat keputusan..jangan terpedaya dengan manipulasi Bar Council yang menjadi agen pembangkang..
0 ulasan:
Post a Comment