"Sekiranya sesorang yang bercakap bukan dalam bidangnya maka tunggulah saat kehancuran"
Siapa Fuziah Salleh untuk bercakap dalam bukan bidangnya. Dia hanya menggunakan pentas politiknya untuk menabur fitnah, meraih sokongan dan mencari pengaruh politiknya dalam Pakatan Rakyat atau di dalam PKR. Rakan Keris yang berada di Utara, blogger Pisau Kedah ada berpendapat Lynas tak sepatutnya di politikan Fuziah.dan Fuziah seringkali memutarbelitkan fakta yang diberi tentang Lynas.
Ini pula kenyataan daripada seorang yang arif di dalam bidang kepakarannya
Dr Che Rosli Che Mat
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.” (Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Selangor)"
Dan ini pula beberapa fakta tentang Lynas yang perlu kita tahu :
- Maklumat Lynas adalah berdasarkan Fakta Saintifik yang boleh di uji dan di bukti.
- Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyemak
- Laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar
- Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri
Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam, persekitaran dan pekerja Lynas Corporation sendiri kerana :
- Kilang Lynas BUKAN KILANG NUKLEAR..Ia hanya kilang kimia biasa
- Mengikut undang-undang pengangkutan antarabangsa bahan Lynas tidak tersenarai sebagai bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
- Dedahan radiasi kepada orang awam adalah sangat rendah
- Pelepasan air dan udara daripada kilang Lynas tidak mewujudkan kehadiran bahan radioaktif
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mengikut garis panduan undang-undang antarabangsa dan Malaysia
Mengikut kajian pendedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun hanyalah 0.002mSv. Apakah angka dedahan radioasi yang membahayakan manusia? Mengikut undang-undang Malaysia dan antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia :
1) Orang Awam - tidak melebihi 1.0 mSv setahun
2) Pekerja sinaran - tidak melebihi 20mSv setahun
Lynas TIDAK SAMA dengan Asian Rare Earth (ARE), Bukit Merah :
- Bahan mentah kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan BAHAN BUANGAN.
- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE Bukit Merah
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas
K7L : Banyak lagi pasal Lynas yang perlu kita tahu..jangan terus ditipu oleh Fuziah!
0 ulasan:
Post a Comment