Mengapa #mejabulatptptn diadakan? Apa mereka kata tentang cadangan pemansuhan PTPTN?
Sarfarizmal Md Saad
Rahsia kunci kejayaan Malaysia menuntut kemerdekaan juga melalui toleransi dan sejarah menunjukkan demonstrasi jalanan ataupun perarakan provokasi mencetuskan perbalahan bukannya penyelesaian. Rakyat harus tahu apa sejarah PTPTN dan mengapa ia sangat membantu mahasiswa. Suarakan pandangan anda dan saya difahamkan bagi mereka yang tidak menjadi peserta, mereka diberi peluang menyuarakan pandangan dan persoalan di alam maya melalui media baru. Tahniah dan teruskan usaha yang baik ini. Semoga perbincangan berjalan lancar dan kata putus diperolehi.
Assalamualaikum dan SalamTatkala dekat pilihanraya terdengar pula isu mansuhkan PTPTN di utarakan oleh PR. Walaupun kita tahu PR menjanjikan bulan dan bintang namun hakikatnya dengan janji untuk mansuhkan PTPTN, pengundi muda akan bersetuju. Dalam masa ini ramai peminjam PTPTN tidak mampu untuk membayar semula pinjaman akibat tidak dapat pekerjaan, gaji kecil dan lain-lain, akhirnya mereka ini akan di "blacklist" kan untuk keluar negara. Seandainya mereka berpeluang mendapat perkerjaan di luar negara ataupun keluar negara atas urusan rasmi atau tidak rasmi, pastinya sekatan keluar negara menunggu mereka. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan rasa tidak puas hati yang amat menebal.
Perlu diingat pada kali ini ramai pengundi muda akan mengundi dan boleh dikatakan kebanyakan mereka ini mempunyai masalah pembayaran PTPTN. Seandainya ada pihak yang berjanji akan memansuhkan hutang PTPTN, secara logik akal sudah pastinya ramai pihak akan bersetuju dan ini akan diterjemahkan oleh di peti undi.Ya memang kerajaan akan mengalami kerugian berjuta atau berbillion ringgit..namun ia mungkin tiada makna sekiranya BN kehilangan pemerintahan seluruh negara. Janganlah dipersalahkan peminjam PTPTN yang tidak mampu untuk membayar..ada sebabnya mereka tidak mampu untuk membayar hutang tersebut. Adakah pihak yang berwajib sedar akan situasi ini? Pokok pangkalnya di dalam sanubari peminjam PTPTN baik dari pihak PR ataupun BN ada yang menyambut baik cadangan pemansuhan hutang PTPTN tersebut. Usaha Pemuda UMNO Malaysia yang ingin mahu membantu membincangkan masalah PTPTN serta ingin mendengar suara semua pihak melalui Meja Bulat PTPTN sebagai satu langkah bijak. Syabas!
Assalamualaikum, isu mainan pembangkang berkenaan penghapusan PTPTN untuk memberikan system pembelajaran percuma kerap dimainkan oleh golongan politik ini. Ingin di sini saya memberikan pandangan memandangkan ramai yang masih tidak jelas dengan kaedah dan kenapa ia diwujudkan oleh kerajaan. Malaysia adalah sebuah Negara yang membangun dan bukan NEGARA MAJU, jadi perlu jelas dalam meningkatkan taraf ekonomi Negara dan taraf pendapatan masyarakat ia memerlukan kewangan yang tinggi. Jadi penghapusan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma akan menelan belanja yang tinggi yang mana akan memberi kesan kepada perbelanjaan Negara. Pembangkang yang mengaitkan system pendidikan seperti Negara Eropah juga hanya mengelirukan rakyat kerana majority Negara Eropah adalah NEGARA MAJU dan mereka adalah COLONIAL iaitu negara penjajah yang mana hasil Negara mereka sedikit sebanyak adalah daripada Negara-negara yang telah dijajah.
Kita ambil contoh seperti England merupakan antara penjajah dari Eropah jika sekalipun mereka memberi pelajaran percuma mereka masih mempunyai 53 negara jajahan iaitu Negara Komanwel termasuk MALAYSIA. France yang memberikan pendidikan percuma pula merupakan kuasa besar dunia termasuk juga England dan juga merupakan negara penjajah. Jika dibandingkan dengan Malaysia, kita hanyalah sebuah Negara kecil yang pernah dijajah tetapi masih merupakan antara Negara yang pesat membangun berbanding dengan Negara lain.
Cadangan pembangkang untuk menghapuskan PTPTN dan ‘free education’ hanya akan membebankan Negara dan membantutkan pembangunan sedangkan kini jumlah pembiayaan PTPTN pada pelajar adalah berjumlah 43billion! Apa pembangunan yang rakyat Malaysia akan dapat dengan 43billion itu? Jadi saya rasa mahasiswa IPT sama sekali tidak terpengaruh dengan dakyah dan retorik pembangkang dalam memancing undi Mahasiswa Mahasiswi untuk memenangi pilihanraya. Saya juga adalah salah seorang peminjam PTPTN dan cadangan memansuhkan PTPTN tetap saya bangkang demi memberi ruang kepada pembangunan Negara yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya. Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dengan bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Jangan terlalu bergantung dan menyalahkan pemerintah dengan bertanya apa sumbangan kerajaan kepada kita, tetapi tanya pada diri sendiri apa sumbangan kita sebagai individu dan rakyat Malaysia pada Negara kita. Tahniah kepada Pemuda UMNO Malaysia yang punya inisiatif dalam perbincangan secara menyeluruh dengan semua pandangan diterima dan disimpulkan. Buat baik pasti akan dibalas baik. #MejaBulatPTPTN terbaik!
K7L : Toleransi menolak demonstrasi!..
Mohd Khaidir

Muhammad Izi Izree Zulkefli

0 ulasan:
Post a Comment