1) Sekali lagi Ambiga menjadi ketua kontijen untuk BERSIH 3.0, PAS sudah lupa siapa sebenarnya Ambiga ini. Dosa-dosa Ambiga dalam perhimpunan Seksualiti Merdeka, mencabar kedaulatan Islam di negara ini sudah terbatal buat PAS. Siapa Ambiga ini?
2) Hendak BERSIH apa lagi? Bukankah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang turut sama dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang? Jawatankuasa itu telah mengadakan 13 mesyuarat sejak 12 Oktober 2011 hingga 28 Mac 2012.
3) Mohamed Azmin Bin Ali (Gombak), Loke Siew Fook (Rasah) dan Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli (Kuala Krai) sudah dilantik dalam PSC. Apa yang mereka buat dalam PSC? Sudah ada platform dalam PSC masih lagi mahu guna jalan raya untuk ganggu ketenteraman awam.
4) 22 syor telah dibuat oleh PSC untuk penambahbaikan pilihan raya di Malaysia. Idea kurang bernas daripada Ambiga dan kumpulan BERSIH 3.0 adalah tidak rasional dan hanya berasaskan emosi semata-mata.
5) Kenapa tidak BERSIH kan dulu senarai ahli - ahli dalam PAS dan PKR? Mana dia senarai nama ahli-ahli dalam PAS dan PKR? Sebab itu setiap kali pemilihan diadakan dalam parti tersebut maka keputusan yang tidak demokratik dan berdasarkan kroni akan terjadi. Lihat sahajalah situasi dalam pemilihan PKR. Bersihkan mereka?
6) Dalam mesyuarat PIBG pun mereka menipu? Lihatlah bagaimana seorang Exco dari PKR ini hampir dibelasah dalam mesyuarat PIBG? Bersihkah begini?
7) Ini bukti Ambiga dan pakatan pembangkang sudah tiada lagi modal untuk menghadapi PRU12. Mereka terpaksa cipta isu dan janji manis untuk tarik perhatian rakyat. Ingat tidak sebelum PRU11, mereka buat BERSIH dan HINDRAF, semuanya adalah untuk mencari isu dan mencari pasal. Rakyat perlu tolak BERSIH ini. Mereka ini bukan BERSIH mereka ini KOTOR. Kita perlu CUCI mereka dalam PRU12.
Sumber : WindOfChange
K7L : Rakyat menentang Bersih 3.0..apakah Bersih masih membawa 'SUARA RAKYAT' yang majoriti?
0 ulasan:
Post a Comment