11/04/2012

Mengapa Mahasiswa Perlu Sokong Pemansuhan PTPTN? #mejabulatptptn





Sepanjang program dijalankan kami pengamal media yang bertugas juga cuba merungkai persoalan mengapa wujudnya sokongan kepada pemansuhan PTPTN melalui @MejaBulat_PTPTN dan Fan Page Meja Bulat PTPTN. Bermula jam 8.30 malam semalam dan 8.30 pagi tadi mereka yang terlibat dengan #mejabulatptptn telah mula merangka resolusi dan perbincangan mereka yang telah disimpulkan.

Secara peribadi Keris melihat melalui @MejaBulat_PTPTN dan secara realitinya di Vistana Hotel, tercetus beberapa persoalan mengapa ada yang meyokong pemansuhan PTPTN. Kebanyakan daripada mereka yang berhujah dan mengutarakan pandangan terutamanya mereka melalui alam maya tidak faham konsep ujrah, cas 1%/3% serta relevannya PTPTN.

Pertikaian cas perkhidmatan yang pada kebanyakan orang tidak masuk akal sebenarnya jumlahnya sangat sedikit, lebih-lebih lagi kepada mereka yang cuma diberi cas 1%. Dalam masa setahun mereka cuma membayar RM195 sahaja iaitu RM16.25 setahun! Yang selebihnya itu adalah pembayaran semula pinjaman yang telah digunakan ketika belajar. . Cas perkhidmatan yang ada sesetengah daripada mereka mengatakan ia riba walhal mereka lupa didalam pembayaran zakat amil juga termasuk didalam asnaf penerima. Bukankah ianya sama? Difahamkan oleh pihak PTPTN cas 1% bagi setiap individu itulah mereka gunakan untuk membayar gaji, membayar sewa pejabat, pembayaran perkhidmatan luar, guaman dan sebagainya. Jadi mengapa mahu hapuskan PTPTN setelah mereka memberi bantuan pinjaman pengajian?

Pada Keris yang juga merupakan seorang pembayar PTPTN dengan cas 3%, ia tetap bukan menjadi masalah walaupun pendapatan yang diterima cukup-cukup makan sahaja. Antara soalan yang timbul adalah "Oh sekarang kos sara hidup tinggi maka PTPTN harus bertimbang rasa dalam pembayaran semula", walhal mereka sedar atau tidak apa yang mereka lakukan dengan wang tersebut ketika diterima. Isu kos sara hidup bukan menjadi masalah melainkan kita hidup dengan satu taraf yang bukan dalam ukuran baju sendiri. Kalau gaji 1800, hari-hari makan steak dan beli kereta Honda Vios memanglah tak cukup. Rata-rata daripada mereka hanya menggunakan sebanyak 30% daripada wang pinjaman untuk tujuan pembelajaran. Jadi mengapa mahu hapuskan PTPTN setelah mereka memberi bantuan pinjaman pengajian?

Natijahnya mereka yang mahu menghapuskan ini hanya mahu melepaskan tengkuk mereka sendiri kerana hanya mereka yang beranggungjawab sahaja tahu menghargai bantuan. Maaf! Keris tidak berniat menghentam  83% peminjam yang sudah membayar mahupun sebahagian daripada 17% yang masih mempunyai masalah pembayaran. PTPTN tidak relevan dihapuskan kerana ia adalah satu bentuk bantuan pinjaman yang menguntungkan keluarga susah mahupun keluarga sederhana di Malaysia. Jika zaman dahulu sudah pasti bergadai tanah dan harta untuk menghantar anak ke universiti dan kini kemudahan itu mahu dihapuskan? Habis bagaimana dengan generasi akan datang? Pada siapa mereka mahu meminjam wang? Pemberi pinjaman cekik darah? Makan orang? Mahukah rakyat Malaysia meminjam kepada ALONG untuk membayar yuran universiti jika PTPTN dihapuskan?

Berkenaan pendidikan percuma rasanya telah dijelaskan oleh beberapa blogger yang lain maka Keris tidak mahu mengulas lagi. Apapun kepada seluruh mahasiswa yang mahu PTPTN dihapuskan, yang mahu cas perkhidmatan dibatalkan dan yang masih belum membayar. Anda perlu menjiwai penerangan PTPTN baru anda akan faham sepenuhnya. Jangan segan untuk hadir ke PTPTN untuk sebarang maklumat dan jangan khuatir! Jika terdapat sebarang permaslahan anda boleh berhubung juga melalui @MejaBulat_PTPTN. By the way Mr Anwar! Keris dah dengar macam-macam pasal dia dan PTPTN. Watch your mouth Old Men!

K7L : Perlu kaji sebelum bertindak..jiwai sendiri dan jauhi provokasi tidak sihat..fikirlah tentang generasi akan datang juga..

5 ulasan:

  1. oo.. dah pinjam bayar je lah.. jdlah insan yg bertanggungjawab. jgn esok anak cucu kita nak pakai duit utk belajar, duit dah takde.. masa tu nak salahkan anwar dah tak guna.. dia hidup bukan lama lagi tu..

    ReplyDelete
  2. aku pelik gaji RM2000 ke bawah pakai vios, city tp ade yg x sedar diri pakai civic ubahsuai jd mugen tp pastu ngadu duit xde nk bayar pt salah sape sbnr nye ptptn salah ke salah pengguna civic ;p

    ReplyDelete
  3. saya sngt setuju dgn anda...... saya seorg mahasiswa.. namun sy mndapat bntuan di bawah MARA... ttpi sy amat perihtin mngenai isu PTPTN wahal.. saya sptutnya x perlu rungsin... nmun saya agak trkilan dgn dkyah yg di bawa oleh segelinta manusia yg pntingkn diri... bagaimana mahu pendidikan percuma??? sedngkan saya yg mnuntut dlm bidng engginering perlu mmblnjakan kos sbnyak 4500 stu sem.. itu msih brsubsidi... jika sy hitung dgn kos utama.. jumlah brgitu besar... latihn prktikal saja dh memakan blnja lbh dari rm 1000 ringgit sekali.. saya mnjlani latihn seminggu sekali.... cuba htung... besarkan nilainya.. sdrlah....

    ReplyDelete
  4. Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%.Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Sebelum menang memang la PR pandai berjanji.Tapi bila dah menang berbagai alasan di sebut contohnya dia akan salahkan semula Parti pemerintah sebelum ni banyak tinggalkan hutang jadi tak boleh buat dulu jadi kena undi mereka pulak pada pru ke 14 dan seterusnya.Dan sekiranya PTPTN di mansuhkan itu akan menguntungkan pihak lain pula sekiranya PR gagal memberi pembelajaran percuma.Contohnya adalah kita terpaksa menggadai tanah atau apa sahaja harta yang ada seperti zaman dahulu kepada AH LONG.Maka sekiranya kita tak mampu bayar maka AH LONG akan metampas tanah atau apa sahaja harta yang telah kita gadaikan.Maka pada ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim pun tidak akan mampu membantu kita.Fikir Panjang Sebelum UBAH.Wallahhualam.Maaf sekiranya pandangan saya silap.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk