10/04/2012

Siri 2 #mejabulatPTPTN - @harakah Juga Tipu Tentang Pendidikan Percuma?






Blogger Angin Perubahan pula mendedahkan satu sudut lain mengenai Turki dan Anwar Ibrahim : 

2 April 2012, Anwar Ibrahim dalam Harakahdaily menyatakan pendidikan percuma di Turki walau tiada minyak. Ini satu lagi mainan persepsi yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim. Sekali baca kalau tidak disiasat, rakyat boleh terpedaya. Benarkah pendidikan percuma di Turki?


Middle East Technical University, terletak di Ankara adalah universiti yang paling baik di Turki. Berada di kedudukan 241 di dunia dengan pengambilan pelajar hampir 25,000 orang. Di bawah ini adalah senarai yuran yang dikenakan terhadap pelajar universiti tersebut. Percuma?


Kita lihat sebuah lagi universiti yang terletak di Eskisehir, iaitu Anadolu University yang berada pada ranking 258 di dunia. Pengambilan pelajar sejumlah 45,000 orang. Di bawah adalah senarai yuran pengajian. Percuma?




Dua bukti universiti ini sudah cukup untuk membuktikan pembohongan Anwar Ibrahim kepada rakyat negara ini. Benarkah Turki tiada langsung hasil minyak?




Menurut US Energy Information Administration, sehingga 1 Januari 2011, simpanan minyak yang terdapat di Turki adalah sejumlah 270 juta tong. Jika dilihat pada rajah di atas pengeluaran minyak Turki adalah secara 100 ribu tong sehari. Turki memainkan peranan penting sebagai negara transit minyak antara Eropah Timur, Russia dan negara-negara Arab.

Dakwaan Anwar Ibrahim sekali lagi tidak benar. Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim hanya pandai membuat janji berasaskan kepada fakta palsu untuk memainkan persepsi rakyat. Pihak yang menepati janji adalah lebih baik berbanding pihak yang berbohong kepada rakyat.

K7L : Dah dua kali kantoi..nak percaya Anwar lagi?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk