07/04/2012

@MejaBulatPTPTN Buktikan Toleransi Wadah Pemuda UMNO #mejabulatptptn


@MejaBulatPTPTN serta #mejabulatptptn akan menjadi antara lidah penyampai berita Perbincangan Meja Bulat PTPTN yang akan berlangsung pada 10 April 2012 sehingga 12 April 2012 nanti. Twitter dan Facebook juga boleh dijadikan tempat bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir. Suarakan pandangan anda, luahkan persoalan yang terbuku, jadikan toleransi sebagai wadah. Ayuh bersama kami di @MejaBulatPTPTN #mejabulatptptn dan www.facebook.com/mejabulatptptn.


Oleh : Azman Abas

KUALA LUMPUR 6 April – Pemuda UMNO akan menjadi jambatan antara mahasiswa dengan kerajaan berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha mencari mekanisme yang terbaik untuk kepentingan bersama.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO, Syahrin Jamaluddin berkata bagi mencapai tujuan itu, pihaknya dengan kerjasama Biro IPT UMNO Malaysia akan mengadakan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional yang akan dijadikan sebagai wadah untuk mencari jalan keluar mengenai isu-isu yang berbangkit mengenai PTPTN.

Menurut beliau pihaknya amat terbuka dalam hal berkenaan bagi mendengar secara dekat suara generasi muda dan menjadikan rundingan meja bulat tersebut sebagai jalan penyelesaian untuk mencapai resolusi yang terbaik.

“Kita akui PTPTN telah banyak membantu pelajar untuk menjayakan pembelajaran masing-masing tetapi pada masa yang sama tidak menolak kaedah bayaran balik PTPTN dan isu lain yang berkaitan mendapat rungutan dikalangan pelajar dan ibu bapa.

“Atas dasar itulah kita terpanggil untuk menjadikan meja bulat ini sebagai platform kepada kajian dan pada akhirnya kita mengharapkan satu resolusi yang terbaik untuk kita serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita mengharapkan keterbukaan Datuk Seri Najib dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana apa yang penting adalah untuk kebaikan bersama. Sebelum ini pun, Datuk Seri Najib telah memberikan perhatian yang cukup serius hasil Makmal Pemuda BN yang kita adakan dan itulah yang kita harapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Syahrin seterusnya menambah seramai 200 peserta yang akan terlibat daripada seluruh IPTA dan IPTS termasuklah wakil daripada pihak PTPTN.

Malah kata beliau lagi pihaknya juga turut menyediakan kemudahan facebook dan twitter bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir untuk sama-sama memberikan buah fikiran bagi menjayakan lagi rundingan meja bulat berkenaan.

“Orang ramai di seluruh negara boleh turut serta bersama-sama dengan kita menerusi media maya berkenaan. Oleh itu kita amat mengharapkan seluruh mahasiswa termasuklah ibu bapa memberikan cadangan yang terbaik untuk kita rumuskan dalam mencari resolusi yang terbaik berhubung perkara berkenaan.

“Kita akan adakan rundingan meja bulat itu selama tiga hari dua malam bermula pada 10 April ini di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur. Mereka yang ingin memberikan penadpat bolehlah melayari facebook kami di www.facebook.com/mejabulatptptn dan akaun twitter pula #mejabulatptptn. Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin akan terlibat sama pada majlis penutup,” katanya. - Media UMNO

K7L : Toleransi bukan demonstrasi..perbezaan siapa yang membawa #AspirasiMahasiswa dan bukannya #ProMilitan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk