16/04/2012

Bukti PAS Negara Berkebajikan! #PASerabut



KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN PAS – SATU ANALISA

1. Konsep Negara Berkebajikan PAS lahir daripada strategi PAS untuk meraih sokongan DAP dan PKR yang menentang prinsip Negara Islam PAS. Oleh itu PAS menggugurkan prinsip Negara Islam yang diperjuang selama ini.


2. Konsep ini lebih merupakan pandangan peribadi Presiden Pas Dato’ Seri Hadi Awang dan bukan hasil daripada pemikiran dan wacana golongan intelektual Islam yang sudah tentunya lebih komprehensif, mendalam dan praktikal.



3. Fokus Negara Berkebajikan PAS adalah lebih tertumpu kepada aspek perbelanjaan peruntukan dan bukan usaha-usaha menambahkan peruntukan bagi membiayai perbelanjaan yang terlibat.



4. Konsep Negara Berkebajikan PAS tidak memberi tumpuan kepada bagaimana hendak menjana pendapatan negara. Dalam era-globalisasi masakini sepatutnya tumpuan setiap negara ialah bagaimana menjana pertumbuhan pendapatan negara supaya pembangunan negara sentiasa berterusan terutama dalam menampung cadagan program yagn hendak dilaksanakan.



5. Tiada digariskan apakah cabaran-cabaran strategik yang akan dihadapi oleh negara masa kini dan akan datang dalam konsep Negara Berkebajikan PAS.


6. Fokus PAS kepada kebajikan melalui perbelanjaan merupakan pemikiran yang telah ketinggalan zaman didewasa ini. Negara-negara barat sendiri seperti Greece, Italy, UK dan US telah mula menyedari kelemahan negara yang terlalu fokus kepada kebajikan melalui perbelanjaan peruntukan kerajaan. Krisis ekonomi yang melanda Greece, Italy, US dan UK masa kini antara lain berpunca daripada perbelanjaan kebajikan yang berlebihan. Nampaknya kepimpinan PAS tidak prihatin dan mengambil iktibar daripada perkembangan-perkembangan semasa mengenai negara-negara seperti Greece yang menuju kearah bankrapsi kerana terlalu fokus kepada kebajikan.


7. Beberapa prinsip yang di utamakan dalam Negara Berkebajikan PAS tidak diamalkan oleh PAS sendiri. PAS menggariskan ciri-ciri pemimpin dalam Negara Berkebajikan mestilah seorang yang alim, bertaqwa dan berintegriti tetapi PAS menyanjung tinggi Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh. Bahkan Timbalan President Pas Mohamad Sabu sendiri mempunyai integriti moral yang dipersoalkan.



8. PAS telah memerintah Kelantan melebihi 20 tahun dan tetapi Kelantan adalah antara negeri termiskin di Malaysia. Ramai rakyat Kelantan mencari rezeki di negeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan BN. Di bawah BN, Malaysia secara keseluruhannya telah berjaya dibangunkan daripada negara pertanian yang miskin kepada negara perindustrian yang sederhana tinggi. Pembangunan dan kebajikan rakyat PAS sendiri gagal laksanakan di Kelantan.



9. Dalam konsep Negara Berkebajikan, PAS menyatakan perancangannya untuk menggantikan UMNO. Mengikut rekod Pilihanraya Umum sejak merdeka, PAS tidak pernah bertanding untuk memerintah negara ini diperingkat Parlimen dan kesemua negeri. UMNO sejak merdeka, bertanding dalam pilihanraya untuk memerintah negara ini diperingkat persekutuan dan negeri. Selagi PAS tidak bertanding untuk memerintah negara ini di peringkat Parlimen dan Negeri sebagaimana yang dilaksanakan oleh UMNO, agenda PAS untuk ganti UMNO adalah satu pembohongan semata-mata kepada umat Islam di negara ini. 



10. Dalam konsep Negara Berkebajikan, PAS ada menyatakan untuk menjadikan orang Melayu sebagai teras dalam pembangunan negara ini. Tetapi apa yang diamalnya, PAS menolak DEB yang telah berjaya membangunkan kelas menengah Melayu dan menghapuskan kemiskinan tegar. PAS juga menolak kepimpinan Melayu yang telah menjadi teras sejarah tanah air kita sejak daripada zaman kesultanana Melaka lagi.



11. Ayat-ayat Al-Quran yang dipetik oleh PAS dalam konsep Negara Berkebajikan tidak menyebut secara spesifik negara berkebajikan. Huraian dalam penulisan konsep Negara Berkebajikan PAS adalah pandangan PAS sendiri dan bukanlah merupakan tafsiran agama Islam mengenai pembangunan negara.



12. Aspek yang paling penting yang dicari oleh banyak negara-negara maju masa kini ialah kaedah bagaimana mewujudkan tenaga manusia yang kreatif, inovatif, konpetitif dan berilmu bagi menjana pembangunan negara ke tahap yang lebih tinggi, maju dan mampan. Aspek yang maha penting ini tidak diberi tumpuan oleh PAS dalam konsep Negara Berkebajikannya yang lebih tertumpu kepada kaedah berbelanja.



13. Kesimpulannya Konsep Negara Berkebajikan PAS hanyalah satu penulisan yang umum dan retorik semata-mata. Apabila membaca gagasan PAS itu ia tidak langsung mencetuskan inspirasi atau pemikiran untuk merancang bagaimana negara ini boleh bergerak maju dalam semua dimensi seterusnya. Bagi pegawai-pegawai kerajaan sebagai pelaksana dasar pembangunan negara, Konsep Negara Berkebajikan, PAS sukar dilaksanakan secara terperinci dan untuk di ukur keberkesanannya kerana terlalu umum dan bercampur aduk.




p/s : Berikut adalah emel daripada pembaca MyMassa. Keris kongsikan supaya kita tahu dan faham kesongsangan PAS semakin terbongkar.

K7L : Gunakan agama demi kuasa politik?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk