14/04/2012

Pejabat UMNO Kuala Langat Disimbah Cat! - Cara Politik Kanak-Kanak Ribena


Biadap! Ini merupakan satu penghinaan kepada orang UMNO yang juga merupakan rakyat di Kuala Langat. Mereka yang tidak bertanggung jawab telah bertindak menyimbah cat berwarna merah di dinding, pintu dan bendera UMNO di pejabat tersebut. 






Apakah gerakan BN Kuala Langat yang telah melipat gandakan usaha dalam pemasangan bendera serta poster di seluruh Palimen P112 telah menimbulkan amarah dan menyakitkan hati beberapa pihak sehingga mahu berbuat sebegitu? Kalau hari ini mereka melakukan vandalisme apakah mungkin mereka akan bertindak lebih agresif? Apakah sebenarnya yang berada di benak hati si pembuat dan organisasinya? Persoalan daripadfa Keris, siapa yang terlalu bodoh mahu merendahkan UMNO dengan menyimbah cat merah?



Ketika dihubungi, Ketua Pemuda BN Kuala Langat saudara Zurihan Yusop memohon maaf kepada ahli-ahli UMNO dan BN kerana premis tersebut menjadi mangsa vendalisme pihak-pihak yang tidak senang dengan gerakan-gerakan agresif terutamanya Pemuda yang mula menggiatkan kempen 'membirukan' Kuala Langat dengan bendera dacing. Namun, beliau sekali-kali tidak akan mengalah bahkan akan meningkatkan usaha 'membirukan' Kuala Langat walau berdepan dengan ugutan dan tindakan kasar termasuk simbahan.




K7L : Kalau nak tolong cat..apa salahnya?..jangan simbah tapi cat elok-elok.,.kan bagus?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk