03/04/2012

[Gambar] Adam Adli 'Suwei' Bila Ikut @n_izzah Sampai Kena Tumbuk?



Adam Adli kena tumbuk kenapa? Hey jangan nak tipulah! Rakan Keris yang ada disana memang nampak Adam Adli dan rakan-rakan provok melampau, kau ingat orang suka kau ke? Tuduhan kata orang UMNO yang tumbuk walhal sudah menjadi modus operandi mereka iaitu dengan lakonan 'ditumbuk' agar dapat simpati. Lakonan ala-ala Anwar Ibrahim sudah dimulakan semula oleh puak-puak PKR. Hairannya apa kena mengena Gang SMM/ Pro Militan yang bertaraf student failed/digantung dengan isu flat di Kerinchi? Apa kena mengena isu mahasiswa dengan flat Kerinchi?


Isu perobohan flat Kerinchi ini sebenarnya sengaja diapikan oleh puak PKR yang dipelopori oleh Nurul Izzah sehingga ada lebih kurang 35 keluarga telah termakan hasutan. Untuk makluman pembaca, satu isi rumah setiap penduduk di Flat Kerinchi telah diberi pampasan sebanyak RM73000 dan tambahan rumah baru PPRT sebanyak satu unit. Entah apa yang ditipu dek juak Izzah sampai ada yang tak puas hati. Umum tahu Izzah memang tengah bengang + takut dengan Dato' Raja Nong Chik yang sangat popular di Lembah Pantai jadi dia sedang cuba cari isu yang mahu memburukkan imej RNC.

Teringat kes Felda Sendayan dimana ada 40 lebih keluarga terpedaya dengan 2 orang peneroka felda berideologi pembangkang yang mengatakan jika tanah dijual maka keluarga-keluarga tersebut akan rugi sedangkan Kerajaan Negeri Sembilan telah memberi pampasan lebih kurang RM550000 dengan tambahan sebuah rumah banglo beserta 2 ekar tanah. Dan mereka yang terpedaya itu akhirnya hanya mendapat wang penjualan sebanyak lebih kurang RM500000 serta mereka perlu membayar wang peguam kerana ketika itu 40 lebih keluarga tersebut telah diapikan untuk menyaman Kerajaan Negeri Sembilan. Ironinya 2 orang peneroka Felda yang terpekik terlolong menghasut itu merupakan antara orang yang terawal menandatangani perjanjian penjualan tanah kepada kerajaan negeri. Agak-agak apa jadi pada 34 keluarga yang termakan racun Izzah?

K7L : Peliknya kenapa Adam ada kat Kerinchi dan apa motif dia berdemo?..

3 ulasan:

  1. The man like Tivoli, the female like Kerinchi.

    ReplyDelete
  2. ahahaaha....x cukup pakej lg tu..ludah arrr muke die..

    ReplyDelete
  3. ADAM ADA DI KERINCHI KERANA MAHU MEMCARI KEBEBASAN AKEDEMIK SEBAGAIMANA YANG DILAUNGKAN SELAMA INI...DI KERINCHI BELUM TIDAK ADA KEBEBASAN AKEDEMIK LAGI...APA-APA PUN TANIAH ADAM KERANA ANDA SUDAH BEBAS DARI AKADEMIK OLEH UPSI...KO BEBAS ADAM

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk