07/04/2012

'Kisah Toyol Masjid Jami'ul Ehsan Sijangkang’ Serah Borang Tugas Nazir!



Pada entri Keris yang lepas [Klik Sini] telah pun ditimbulkan persoalan kenapa perkara besar seperti penyelewengan wang tabung masjid dan tanah wakaf yang sangat sensitif kepada masyarakat Islam hanya berlegar sekitar cerita-cerita mulut sahaja?

Perkara ini perlu disiasat dengan terperinci dan pihak-pihak yang dituduf melakukan penyelewengan WAJIB diambil tindakan. Apatah lagi jika ianya melibatkan sebuah parti politik yang besar seperti UMNO.


Baik bekas nazir masjid Jami’ul Ehsani kampung Sijangkang, Tuan Haji Yasin b. Bakar mahupun UMNO bahagian Kuala Langat, kedua-duanya mesti dilaporkan ke pihak berkewajiban seperti PDRM dan SPRM, jika terbukti benar.

Semalam, rakan blogger Keris, Double Y telah membawa satu bukti baru dalam kes yang sedang hangat diperkatakan masyarakat Kuala Langat [Klik Sini]. Ianya adalah penyata-penyata kewangan yang menujukkan keseluruhan jumlah wang yang kononnya dikebas oleh ‘parasit UMNO’ atau Tuan Haji Yasin itu masih wujud dalam akaun-akaun bank atas nama masjid tersebut.

Begitu juga seperti yang Keris dapat di sini, ‘Borang K’ iaitu borang serah tugas BEKAS BENDAHARI masjid tersebut kepada akauntan bertauliah bagi tujuan diaudit dan seterusnya bakal diserahkan kepada pengurusan masjid yang baru.


Klik Untuk Besarkan Imej

Maka siapa yang sebenarnya bergelar toyol? Yang menuduh atau yang dituduh?

K7L : Persoalannya..dimanakah YB Yunus Hairi setelah kes ini kecoh di Kuala Langat dan telah tersebar ke seantero Malaysia?.. Just keep your mouth shut?!

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk