01/04/2012

Mahukah Rakyat Selangor Minum Air Lombong? #ReturnSgor @satimdiman @nohomar




Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Klang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.


Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang - 
Berita Harian



Subhanallah! Mengapa teruk sangat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor PR ini? Kerajaan Pahang telah menawarkan sumber air bersih untuk kegunaan Rakyat Selangor tapi Kerajaan Selangor lebih rela untuk memproses dan menggunakan air lombong yang umum tahu lebih kotor, lebih tercemar dan lebih mempunyai bendasing dan bahan kimia yang boleh membahayakan.

Secara tiba-tiba Keris teringat akan kisah penapisan air di Singapura - Newater. Sama sahaja kan? Apakah DAP merupakan dalang disebalik isu penapisan air lombong ini? Apakah ini untuk rakyat atau ada bisnes sampingan dalam menapis semula air lombong? Apa agenda Kerajaan Negeri Selangor? Mahu memberi rakyat Selangor minum air kotor? 

Sekarang siapa tertindas 
dan 
siapa yang menindas?

K7L : Sebagai rakyat Selangor Keris mahu mengajak seluruh rakyat Selangor menolak kerajaan Pakatan menjelang PRU13 nanti!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk