21/06/2012

Terima Kasih @shaberyc Namun Perlu Lebih Peka #Terkilan




Keris mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat DS Ahmad Shabery Cheek kerana sudi menjemput kami daripada Unit Media Baru untuk terlibat sama didalam promosi dan membenarkan kami membuat liputan untuk sama-sama mencapai target kita dalam Himpunan Jutaan Belia 2012.

Namun di sini Keris ingin menyatakan rasa terkilan dimana pada majlis baru-baru ini walaupun kami ini dijemput dan Keris sendiri dipanggil mewakili saudara Tun Faisal dan saudara Razlan bagi pihak UMB duduk bersama seakan tidak dikenali. Rasanya terdapat tiga kumpulan yang bekerja keras dan Keris pasti semuanya telah melakukan tugas masing-masing maka tidak adil rasanya jika hanya tertumpu pada satu kumpulan sahaja sedangkan semua buat kerja.

Menteri seakan tidak peka dan tidak sensitif dengan siapa yang hadir. Seolah-olah tidak diberi taklimat sepenuhnya kerana daripada mula sehingga habis kami macam tak wujud dalam dewan itu. Menteri perlu tahu dan respon terhadap keadaan sekeliling. Itulah aduan yang Keris terima daripada rakan blogger setelah ucapan Menteri selesai.

Hairan juga bagaimana seorang Menteri seperti tidak sedar dan tidak tahu bahawa di hadapan dia ada begitu ramai blogger yang membantu membuat promosi serta liputan hari belia tempohari. Mujur kami ini Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan satu jentera parti sayap, kalau tidak Keris pasti lumat Menteri dikerjakan di alam maya namun jangan khuatir kami punya polisi dan mrnghormati institusi. Kami tahu had kami tapi itu tidak bermakna kami boleh diperkotak-katikkan.

Sebagai orang politik dan lama didalam politik, DS Menteri sepatutnya faham dan lebih tahu daripada kami tentang politik. Sebagai blogger yang bernaung mewakili jentera parti, kami memang marah dan kecewa serta terkilan. Satu nasihat Keris untuk Menteri, lain kali buat homework tentang audien yang ada sebelum beri ucapan. Ini nasihat percuma dimana tak perlu bayar 'consultant' atau pegawai untuk fikirkan. Hanya perlu guna 'Common Sense'.

K7L : Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk