02/06/2012

Daulat Tuanku - Sembah Takzim Daripada @unitmediabaru



Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik berbesar hati dengan penuh takzim ingin mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan UlangTahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku pada hari ini 2 Jun 2012 bersamaan 12 Rejab 1433 Hijrah.

Patik mewakili sahabat-sahabat patik daripada Unit Media Baru yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz dan Timbalan Pengerusi, Mohd Razlan Mohd Rafii mendoakan kesejahteraan dan semoga Allah lanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Tuanku.

Daulat Tuanku

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk