06/06/2012

Siapa Yang Mahu Disalahkan Kerana Akidah Rakyat Malaysia #SelamatkanAkidah


Keris yang belum lagi berjumpa dengan blogger Salah Ad-din ini seringkalikami berbalas artikel didalam blog kerana gaya kehendak minat menulis kami lebih kurang sama antaranya bolasepak, akidah dan kajian freemason/kristianisasi/yahudi. Dan hari ini Keris kongsikan pendapat beliau tentang akidah di Malaysia.


Isu akidah bukan isu kecil dan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Jadi kita baca dan fahami dulu apa yang ditulis oleh Salah :

1. Saya percaya bahawa masih terdapat lagi manusia di bumi Malaysia ini masih mengamalkan Islam seruan Rasulullah S.A.W.
2. Saya masih percaya bahawa masih terdapat lagi ibu bapa yang mengajarkan al-Quran kepada anak-anaknya.

3. Saya masih percaya bahawa masih terdapat anak-anak yang masih punya rasa hormat kepada ibu bapa, guru-guru, orang yang lebih tua dan diri sendiri.

4. Tetapi, apa yang merisaukan adalah bilangan mereka ini. Adakah bertambah ramai ataupun semakin berkurangan. Dan apa pula yang mampu kita lakukan dengan kudrat yang dipinjamkan sebentar ini.

5. Sebagai menyebut kes pertama yang saya garap daripada blog Keris7Lok, tentang seorang anak Melayu memaki ibu bapanya dengan perkataan 'Fuck'.

6. Tidak mahu saya maki caci perbuatan anak itu kerana anak itu merupakan kain yang telah dicorakkan oleh kedua ibu bapa dan masyarakat.

7. Kes kedua pula adalah satu berita yang diperoleh daripada Timur Malaysia di mana seorang kanak-kanak berumur 12 tahun telah membunuh diri kerana ibu bapanya enggan pulang ke kampung halaman.

7a. Tidak juga mahu saya menghukum anak tersebut kerana telah dijanjikan syurga kepada mereka yang belum baligh. Tidak tahu saya akan syurga neraka sesiapa jua.

8. Atas desakan modenisasi, manusia semakin terkejar-kejar dengan masa. Apabila desakan dunia terlalu kuat maka keperluan rohani diletakkan di tangga yang kedua. Maka berlakulah ketidak seimbangan keperluan.


9. Juga saya ingin mempersoalkan tentang amalan masyarakat Melayu ini yang semakin pudar. Roh kerjasama yang dipupuk sejak dahulu lagi diperlupakan. Masing-masing terlalu mahu kemodenan maka akar, susur galur adat diperlekehkan, diperkolotkan.

10. Maka wujudlah satu ruang kosong yang ramai ada tetapi tidak tahu dengan apa harus diisikan.

11. Ada yang mengisikannya dengan wang, ada pula dengan kemewahan, harta benda, diisikan dengan wanita, lelaki atau di antara keduanya dan tidak cukup itu tambah pula dengan kuasa, pangkat dan darjat.

12. Tetapi, satu perkara yang tidak kita sedar, semakin diisi dengan hal duniawi semakin luas ruang kosong itu. Maka bermulakan pengembaraan jiwa mencari pengisian.

13. Satu pengamatan saya sejak sekian lama adalah masyarakat Melayu kita pada hari ini adalah masyarakat penghukum.

14. Belum tahu hujung pangkal ayat, sudah dimasukkan ke dalam neraka ciptaan mereka sendiri.

15. Pakaian pula sering diertikan dengan tahap iman individu. Iman dicerminkan dengan satu bentuk pakaian seragam yang diterima umum. Mereka yang tidak punya seragam tersebut dikatakan kurang imannya, kurang ilmunya, kurang akhlaknya, kurang Islamnya daripada mereka yang berseragam.

16. Maka yang berseragam 'Iman' ini dilunakkan panggilan mereka dengan panggilan tuan guru, ustad, lebai, syeikh dan lain-lain. Satu label untuk mempengaruhi masyarakat walaupun hakikatnya individu tersebut hanya boleh menghafal sususan surah al-fatihah sahaja.

17. Dan menghukumnya masyarakat kita ini bukan dengan satu nada kelembutan tetapi dengan kekerasan berteraskan kebencian yang teramat. Budaya menghukum ini disegarkan lagi dengan individu-individu yang berseragam 'Iman' ini.

18. Apa sahaja permasalahan terus disandarkan kepada 'Ustad-ustad' segera ini. Sehinggakan akal kurniaan Ilahi ini tidak digunapakai lagi.

19. Dan 'Ustad-ustad' segera ini menyemarakkan lagi umum dengan menghukum apa jua perkara tanpa suatu usul, suatu ijma', ataupun sekurang-kurangnya menyelidik perkara tersebut sebelum menjawab. Berijtihad seorang diri tanpa memenuhi kehendak menjadi mujtahid.


20. Masyarakat pula menjadi hilai tawa dengan kuliah-kuliah yang diberikan oleh 'ustad-ustad' segera ini. Menjadi satu bentuk fesyen di kalangan anak muda untuk mengikut secara buta-tuli akan kata-kata yang belum tentu akan kebenaranya.

21. Yang lebih menambahkan hairan, apabila satu institusi agama yang dihimpunkan segala bagai bijak pandai dari pelbagai cabang ilmu mengeluarkan hanya satu ijma' bersama ditolak mentah-mentah. Siap mencurigai dan melemparkan seguni bagai tohmahan terhadap institusi tersebut.

22. Apa yang masyarakat Melayu kita ini fikirkan? Terlalu taksub kepada Patih Karma Wijaya sehingga sanggup membelakangkan kebenaran.

23. Dakwah itu tidaklah bertujuan memahamkan manusia manusia tentang agama dengan taat dan ikhlas, tetapi bertujuan menaikkan kebencian umum terhadap individu-individu tertentu.

24. Ketika ini tertanya-tanya saya tentang di manakah 'ustad-ustad' segera ini sewaktu anak itu mengucapkan 'fuck' kepada ibu bapanya. Ke mana perginya mereka ini sewaktu anak kecil itu membunuh dirinya dengan tali kasut. Ke mana perginya sewaktu DUMC menyebarkan dakyah Kristian kepada anak Melayu. Ke mana hilangnya mereka apabila gereja terbesar di Asia Tenggara sedang dibina di Bukit Jalil. Ke mana perginya mereka sewaktu orang-orang kafir memperlekehkan agama dengan membacakan ayat suci al-quran bukan kerana iman. Ke mana perginya mereka sewaktu orang lain membawa ke arah perpaduan manakala kamu sendiri membawa perpecahan.

25. Gunakanlah Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

K7L : Sudahkah lita lihat keluarga kita sendiri tentang perkara ini?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk