27/06/2012

Apakah Skandal Ini Punca Sebenar @rafiziramli Letak Jawatan Dan Buatkan @KhalidIbrahim Goyang?




Ramai yang tertanya-tanya dan pelbagai persoalan timbul serta beribu pandangan kedai kopi dilontarkan tentang mengapa Rafizi meletakkan jawatannya. Kini timbul satu lagi persoalan yang besar kemungkinan Rafizi perlu jawab. Sebab dia dah kantoi macam-macam maka dia perlu undur diri sebelum banyak lagi benda bodoh dia buat.

Jika kita lihat semula di blog TMS ada menyatakan tentang tuduhannya terhadap PM yang mana akhirnya telah menjerut kehernya sendiri.


Dalam laman blog Rafizi , dia telah memfitnah PM kononnya telah campur tangan bagi memastikan kontrak bernilai RM960 juta tersebut dianugerahkan kepada konsortium George Kent/Chine Railway/Tewet Gmbh (GEORGE KENT).



Tabloid Business Times turut memaparkan artikel berkenaan penganugerahan projek 'Penambahbaikan LRT Ampang' kepada George Kent.

Menurut Rafizi, dia mendakwa sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek 'Penambahbaikan LRT Ampang' berdasarkan kepada surat bertarikh 12 Disember 2011 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato' Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan Malaysia.


Namun begitu terdapat beberapa fakta yang telah disembunyikan oleh Rafizi dan didedahkan oleh Shah Alam Rebels.

Jika mengikut artikel ini, GEORGE KENT merupakan pembida kedua terendah dan paling layak berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan Prasarana.

"Business Times understands that the George Kent-led consortium was the second lowest bidder, having placed a bid at RM1.13 billion to undertake the job.

The lowest bidder at RM950 million was Invensys Rail/Ingress/ Balfour Beatty, which had also bid for the Kelana Jaya line extension.

The other four contenders who did not make it were Colas/CMC/Uniway joint venture, the partnership which recently won a RM673.9 million contract for system works for the Kelana Jaya line; Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty; Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.

According to the source, the Ansaldo joint venture was not shortlisted as the company (Ansaldo) already has a contract to work on the Ipoh-Padang Besar double tracking project."

Fakta Pertama

Ansaldo merupakan salah satu dari gabungan Konsortium PDA (Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)

Memang tepat keputusan kerajaan untuk tidak menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang kepada Konsortium PDA berdasarkan kepada salah satu syarikat Konsortium PDA telah pun dianugerahkan kontrak untuk melaksanakan projek rel berkembar Ipoh-Padang Besar (Ipoh-Padang Besar double tracking project)oleh kerajaan.

Tidakkah ini menunjukkan ketelusan kerajaan agar tidak ada satu syarikat mendapat dua atau tiga projek yang telah dianugerahkan dalam satu masa?


Fakta Kedua

Tiga konsortium berasingan (1) SNC Lavalin/WW Engineering, (2) Siemens/Scomi dan (3) Samsung/LG dengan masing-masing membida projek ini pada harga RM1.38 billion, RM1.17 billion dan RM1.16 billion.

George Kent Berhad pula membida dengan harga RM1.13 billion bagi projek di atas.

Adakah kerajaan dan Prasarana terlalu bodoh untuk menganugerahkan projek ini kepada tiga konsortium di atas yang jelas lebih mahal harga bidaan berbanding dengan George Kent Berhad?


Fakta Ketiga

Begitu juga dengan konsortium Colas/CMC/Uniway yang telah dianugerahkan projek bernilai RM673.9 juta bagi kerja-kerja membabitkan sistem stesyen Kelana Jaya.

Begitu juga dengan konsortium Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty yang telah dianugerahkan dengan projek lain, Projek Rel Berkembar Seremban-Gemas.


Tidakkah Rafizi sedar realiti ini?
Keris yakin kerajaan dan Prasarana telah bertindak adil dan saksama dalam penganugerahan projek ini kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH.

Tidak adil jika sekiranya kerajaan mahupun Prasarana menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA atau mana-mana konsortium yang telah dianugerahkan projek-projek oleh pihak kerajaan sendiri.

Ini hanya menggambarkan sikap tidak telus kerajaan dalam penganugerahan projek-projek. Betulkan?

Ternyata pendedahan yang kononnya bakal menamatkan karier Perdana Menteri hanya membuktikan kerajaan sebenarnya telus dan adil dalam penganugerahan projek mega.

Apa yang Rafizi merepek dengan menggambarkan penglibatan campurtangan Perdana Menteri dalam penganugerahan projek Prasarana ini?

Mana bukti campurtangan Perdana Menteri dalam penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA?

Keris merasakan wujud hubungan antara kontraktor yang kecewa ini dengan pakatan haram. Mungkin jika konsortium yang dibela oleh Rafizi ini dapat projek 'Penambahbaikan LRT Ampang', adakah pakatan haram akan dapat komisen untuk dana PRU akan datang?

Ini kerana Keris pelik kenapa Rafizi membela sangat konsortium yang tidak dapat projek itu. Takkanlah Rafizi nak buat kerja sia-sia?

Itu baru satu yang didedahkan oleh TMS dan Shah Alam Rebels. Kini kolumnis Kritis Green Hood pula berkata tentang anak syarikat yang mungkin ada kena mengena dengan Rafizi Ramli. Ini artikel beliau :

Sama ada Tan Sri Khalid Ibrahim mahupun Faekah Husin, kedua-duanya mungkin merasakan jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar adalah jawatan yang "kebal" dari sebarang peraturan dan undang-undang seolah-olah peraturan dan undang-undang itu di bawah kawalan mereka.

Faekah sebagai pengamal undang-undang mungkin punyai keupayaan memanipulasi undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh dewan rakyat, namun sejauh mana dia mampu memanipulasi undang-undang mengikut takrif dan definisi sendiri harus dipertikaikan.

Terbaru, menggunakan pengaruh dalam "mempengaruhi" anak syarikat negeri dengan menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar Selangor bagi faedah kaum keluarganya adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan pakatan terutama di Selangor dan Pulau Pinang.




Berslogan "telus dan keboleh percayaan" ternyata hanyalah satu slogan yang tidak dipraktikkan melainkan berselindung di sebalik "kesucian" slogan tersebut dalam melakukan salahguna kuasa serta pengaruh.

Tindakan Faekah yang jelas lagi nyata dalam menggunakan "pengaruh" nya bagi mempengaruhi pihak-pihak tertentu dipertahankan oleh "boss" nya Khalid Ibrahim.

Ini bukanlah suatu yang memeranjatkan berdasarkan tindakan Khalid sebelum ini juga didakwa melanggar banyak SOP (standard operation procedure) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri-negeri di bawah pakatan seperti pemberian kontrak melalui tender terbuka - dalam hal ini, Khalid gagal mengikutinya.

"Klang River Rehabilition Project" atau Projek Pemuliharaan dan Penyelenggaraan Sungai Klang bernilai RM50 billion sebagaimana yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri tersebut sekitar tahun 2010 merupakan antara projek "super-mega" mengikut pelan "Ransangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor" yang disokong oleh penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca selanjutnya di [SINI]

Mungkin Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR yang baru melepaskan jawatan selaku CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, kini dilaporkan punyai waktu terluang bagi membuka buku “siasatan persendirian” tentang salah laku kepimpinan UMNO-BN boleh memulakan dengan siasatan terhadap “mereka-mereka” yang hampir dengannya dan tunjukkan kepada rakyat bahawa siasatan mereka juga bukanlah siasatan terpilih bahkan “inclusive” termasuk “orang-orang sendiri” !

Pendapat Keris, mustahil bagi seorang yang berpolitik sengaja melepaskan jawatan. Ini mesti terdapat sesuatu yang membuatkan Rafizi kecut perut. Sebelum lebih banyak berlaku maka dia meletakkan jawatan. Tetapi jangan lupa Kem Azmin versus Kem Khalid masih berterusan sejak pemilihan PKR yang lalu. Sekarang tinggal Rafizi untuk jawab atau Khalid kalau boleh?

K7L : Karma NFC?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk